CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Awak Makan Sendirilah Kek Tu, Saya Tak Suka" - Pelanggan Biadab Batal Pesanan Saat Akhir

7-9-2017 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16278| Komen: 77|Original author: Oleh : Hafiz BZ



Menjalankan sesuatu perniagaan bukanlah semudah yang disangka. Setiap peniaga pastinya menempuhi pelbagai cabaran dan masalah yang paling utama adalah terpaksa berdepan dengan bermacam-macam kerenah pelanggan.


Ada pelanggan yang baik, ada yang suka tawar-menawar harga, ada yang cerewet dan yang paling menyakitkan hati apabila berdepan dengan pelanggan biadab. 

Seorang peniaga kek ada berkongsi kisah berdepan dengan seorang pelanggan biadab. Menurut peniaga tersebut, pada mulanya dia menerima pesanan dari seorang pelanggan untuk membuat kek hari jadi.

Setelah kek sudah siap, pelanggan tersebut tiba-tiba sahaja membatalkan pesanan atas pelbagai alasan yang tidak masuk akal.


Seperti yang dijanjikan sebelumnya, pelanggan tersebut memberitahu ingin mengambil sendiri (COD) kek yang dipesan namun terpaksa membatalkan hasratnya kerana mendakwa keretanya rosak. 

Bagaimanapun, peniaga kek tersebut mempelawa dirinya untuk menghantar kek yang dipesan ke rumah pelanggan tersebut namun pelanggan itu tetap berdolak dalih dan akhirnya membatalkan pesanan kek tersebut.


Bukan sahaja membatalkan pesanan disaat akhir malah pelanggan tersebut bertindak biadab memaki hamun peniaga kek itu.


Baca kisah ini pun rasa nak marah je kan, suka hati dia je batalkan tempahan "last minute". Jika anda seorang peniaga, pernah tak berdepan dengan pelanggan biadab seperti ini?  - CARI


45

Bagus
16

Marah
15

Terkejut
26

Sedih
19

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote irwansuhadi 7-9-2017 04:32 PM
ni namanya customer bangang...

lain kali minta deposit dulu untuk cover cost... baru tahu ada akal ke tak
Quote vanillaninja 7-9-2017 04:33 PM
Pasal cake lagi. Kenapa tak minta deposit?
Quote shernazz 7-9-2017 04:42 PM
lebih kurang cm ayat peniaga dedolu yang kena tipu juga...
akak amek depo dolu kak..
kalau x..akak makan sampai muntah
Quote Cyempaka 7-9-2017 04:45 PM
ni cerita betul ke kak hasanah lagi ni...
tu no dia 0142158870.. kemain lagi status wasap update 3jam yg lalu -
ya allah, jika aku diuji dengan pelbagai dugaan, kuatkanlah aku tempuhi dengan senyuman bleblebleble...
nak cakap kena fitnah ke dek...
Quote LoveSungmin 7-9-2017 04:46 PM
tunjuk je la nombor fon si bangang tu!
Quote esteryen 7-9-2017 04:49 PM
LoveSungmin: tunjuk je la nombor fon si bangang tu!


Kan! Kalau dah tunjuk, tunjuk je semua biar as a precaution for others online sellers
Quote redapple10 7-9-2017 04:50 PM
Kazen aku pun jual kek.. kdg2 cust xnak bg depo.. even xnak byr duit cod.. aishhh yg paling best time raya aritu siap kata biskut dia x cantik pastu nak refund.. bila dh bg refund,dia x pulangkan biskut tu.. pandai.. nak mkn free jer
Quote esteryen 7-9-2017 04:52 PM
vanillaninja: Pasal cake lagi. Kenapa tak minta deposit?


Kemungkinan besar akak ni ingatkan itu intro dari kenalan husband dia. Nowadays, biasanya for first time order, mmg kena full payment baru confirmed order. Now mana boleh takat "i caya u". Business is business. Kalau orang tu bersungguh nak beli surely dia akan buat payment, kalau time minta payment pun bagi gila2 alasan, blocked je.
Quote pittjie 7-9-2017 04:53 PM
Cyempaka replied at 7-9-2017 04:45 PM
ni cerita betul ke kak hasanah lagi ni...
tu no dia 0142158870.. kemain lagi status wasap update 3 ...

mana dpt nombor phone penuh tu dik? dlm gambar tu dah kena cover2 dah
Quote EvieWanKenobi 7-9-2017 04:55 PM
Kereta rosak konon..

Kalau tak mampu,
jangan order..
Quote SecretLuv 7-9-2017 04:55 PM
pittjie replied at 7-9-2017 04:53 PM
mana dpt nombor phone penuh tu dik? dlm gambar tu dah kena cover2 dah

Kan ada no kat atas tu masa dia quote ayat pelanggan dia tu.
Quote SecretLuv 7-9-2017 04:56 PM
esteryen replied at 7-9-2017 04:49 PM
Kan! Kalau dah tunjuk, tunjuk je semua biar as a precaution for others online sellers

Ada la no dia kat gambar tu. Pergilah mesej dia.
Quote Cyempaka 7-9-2017 04:57 PM
pittjie replied at 7-9-2017 04:53 PM
mana dpt nombor phone penuh tu dik? dlm gambar tu dah kena cover2 dah

yg gmbo last sekali tu, tuan kek qoute mesej customer lupa nak tutup no
Quote esteryen 7-9-2017 05:00 PM
SecretLuv replied at 7-9-2017 04:56 PM
Ada la no dia kat gambar tu. Pergilah mesej dia.


Thanks! Api sgt sampai x aware ada no kat posting tu. Tak nak mesej, nak terus blocked!  Hahas!
Quote pittjie 7-9-2017 05:02 PM
Cyempaka replied at 7-9-2017 04:57 PM
yg gmbo last sekali tu, tuan kek qoute mesej customer lupa nak tutup no

oh ya. hahah. awasnya mata uols ni. ala tak kuasa ahkaq nak meses2. lantak la dia org bergocoh. tapi kalau mendapat customer cenggitu mmg hangin la. customer tu pun .. kalau ada pilihan hati sendiri nak kek macamana .. bagi la gambar contoh. sebenarnya deco kek tu pun meols tak berkenan. tapiii kalau meols jd customer .. dan dah place order tapi tak bagi contoh kek bagaimana yang meols mau .. dpt pulak yang cenggitu .. meols redho je la. ttp la bayar walau meols tak dpt ambik pada waktu yang dijanjikan. manusia berpegang pada janji uols.
Quote pittjie 7-9-2017 05:02 PM
Cyempaka replied at 7-9-2017 04:57 PM
yg gmbo last sekali tu, tuan kek qoute mesej customer lupa nak tutup no

oh ya. hahah. awasnya mata uols ni. ala tak kuasa ahkaq nak meses2. lantak la dia org bergocoh. tapi kalau mendapat customer cenggitu mmg hangin la. customer tu pun .. kalau ada pilihan hati sendiri nak kek macamana .. bagi la gambar contoh. sebenarnya deco kek tu pun meols tak berkenan. tapiii kalau meols jd customer .. dan dah place order tapi tak bagi contoh kek bagaimana yang meols mau .. dpt pulak yang cenggitu .. meols redho je la. ttp la bayar walau meols tak dpt ambik pada waktu yang dijanjikan. manusia berpegang pada janji uols.
Quote myakayina 7-9-2017 05:08 PM
dua2 salah.. yg jual tak reti ke mintak deposit memandangkan zaman skrg ni ramai yg biol kaki prank..scamer.. yg order pun kenapa dah last minit..lepas tu tak bgtau detail kek mcm mana..  bila org tu dah buat baru nak bising..
Quote mokcikKSKB 7-9-2017 05:15 PM
Percubaan nk glemer ker?
Quote hanna88 7-9-2017 05:31 PM
Cite betoi ni sebab ada baca kat facebook pembuat kek tu..

Customer tu budak umur 20tahun x silap

Lepas di siasat dek pembuat kek tu

Budak tu saje kot main order2..

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.060785 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top