CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Cemerlang SPM 18A Cium Pipi Sultan Johor Ditahan Polis

14-9-2017 05:55 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 27644| Komen: 157


sumber : Malaysiakini


Baru-baru ini, seorang gadis ditahan polis selepas dikatakan mencium pipi Sultan Johor ketika program Kembara Mahkota Johor 2017.

Kejadian berlaku ketika Sultan Ibrahim sedang bersalaman dengan rakyat jelata di hadapan Restoran Marrybrown berdekatan Taman Medan Putra, Air Hitam.

Memetik laporan Mynewshub, gadis tersebut dikenali sebagai Nadiah Amirah Jamil bertindak memeluk bahu kanan sebelum mencium pipi kanan baginda.

Tindakan gadis tersebut menyebabkan tiga anggota polis bertindak menahan gadis tersebut. 

Berlaku sedikit kekecohan apabila gadis tersebut enggan memberikan kerjasama sehingga berlaku pergelutan.

Siasatan awal dari pihak polis menunjukkan Nadiah mengalami gangguan emosi semenjak tahun 2007 kerana dikatakan gagal mendapat keputusan 19A namun hanya memperoleh 18A 1B.

Menurut sumber, gadis tersebut juga pernah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Islam Darul Syifa kerana mengalami gangguan sihir. Ahli keluarga gadis berkenaan berkata Nadiah mengalami gangguan emosi sehingga mahu mengahwini Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman.

Namun demikian, memetik laporan Malaysiakini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan orang ramai agar tidak mengganggu wanita yang didakwa cuba memeluk dan mencium baginda.

Tegas baginda, wanita itu tidak menciumnya dan perkara itu jelas sebagai mana dalam rakaman video.

“Beliau cuba berkata sesuatu di telinga kiri saya tetapi saya tidak dapat mendengar kerana keadaan persekitaran yang bising,” titah baginda pada sebuah majlis di Johor Bahru, hari ini.

Laporan itu dimuatkan di laman Facebook rasmi baginda hari ini.

Mengulas kejadian itu, baginda bertitah wanita itu tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah dan meminta polis supaya lebih bijaksana dalam mengendalikan kes berkenaan.- CARI


13

Bagus
21

Marah
20

Terkejut
25

Sedih
14

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 14-9-2017 06:06 PM
waahh.. nak kawen ngan TPJ..
Quote AyaqMeloSuam 14-9-2017 06:07 PM
Kesian adik  ni... stressed & pressured smpi sakit jiwa..
Quote idakamaruddin 14-9-2017 06:09 PM
mesti pmpn tu ckp

bapak ni menantu bapak ni

{:smile
Quote leen_shaza 14-9-2017 06:10 PM
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan orang ramai agar tidak mengganggu wanita yang didakwa cuba memeluk dan mencium baginda.

Tegas baginda, wanita itu tidak menciumnya dan perkara itu jelas sebagai mana dalam rakaman video.

“Beliau cuba berkata sesuatu di telinga kiri saya tetapi saya tidak dapat mendengar kerana keadaan persekitaran yang bising,” titah baginda pada sebuah majlis di Johor Bahru, hari ini.

Pilihan Editor

Nota Tok Guru yang tertinggal
Laporan itu dimuatkan di laman Facebook rasmi baginda hari ini.




Sebelum ini, beberapa portal melaporkan gadis itu yang pernah cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan polis kerana mencium Sultan Johor di Taman Medan Putra, Ayer Hitam sempena program Kembara Mahkota Johor 2017.

Mengulas kejadian itu, baginda bertitah wanita itu tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah dan meminta polis supaya lebih bijaksana dalam mengendalikan kes berkenaan.

Menurut laporan daripada portal-portal itu, wanita berkenaan memeluk bahu kanan dan cuba mencium pipi kiri baginda sebelum ditahan pihak polis untuk diambil keterangan .

Wanita itu turut didakwa membuat bising malah mewujudkan suasana tegang dengan menjerit-jerit semasa majlis berlangsung.
Quote PongKang 14-9-2017 06:17 PM
siannya ko dek... ibubapa jgnlah stresskan anak kumpul byk A dlm spm.. dah jd mental cmna nk pulih
Quote lil_sparky 14-9-2017 06:19 PM
Kesian kt ko dik
Mmg nmpk dia berbisik
Quote WhiskeyScotch 14-9-2017 06:20 PM
Kesian budak ni kena fitnah. Padahal dia nak berbisik je pun bukan nak cium.
Quote aleesyasofia 14-9-2017 06:31 PM
sbb xdpt straight A sheolss dpt gitu.. depressed.. simpati pd sheolss..
Quote cmf_blingblings 14-9-2017 06:32 PM
bagi menikah baiklah penyakit tu
Quote Acik_Whitney 14-9-2017 06:33 PM
Taste abah abah stocky kot sheols, sister?
Quote exclusive_vvip 14-9-2017 06:34 PM
i pun nak dia ber isik..
Quote exclusive_vvip 14-9-2017 06:37 PM
PongKang replied at 14-9-2017 06:17 PM
siannya ko dek... ibubapa jgnlah stresskan anak kumpul byk A dlm spm.. dah jd mental cmna nk pulih

Kekadang bukan ibubapa yg stresskan anak...ada sesetengah orang ni mmg jenis tak boleh terima perkara camni sbb dia rasa diri dia kurang/gagal...anak colleague i dulu penah meraung2 time amik result spm sbb dpt 7A ke 8A tah..budak mrsm, dia target dpt straight A's....
Quote CardiGans85 14-9-2017 06:38 PM
18a tu da ok sgt tu..
Quote leena1234 14-9-2017 06:41 PM
Errr..beraninya dia.
Quote honeybee1802 14-9-2017 06:43 PM
Adus kesuannya adik nehh....it's been 10 yrs dah tu...kalo msk blajar dah abis dah keje dah...dah kawin dah agaknya..
Quote insulin 14-9-2017 06:51 PM
Kasihan gadis ni.
Quote ultra78 14-9-2017 06:53 PM
Kejadian berlaku ketika Sultan Ibrahim sedang bersalaman dengan rakyat jelata di hadapan Restoran Marrybrown berdekatan Taman Medan Putra, Air Hitam.


tiba-tiba teringat kisah kupon marrybrown

Quote nurul_akmar 14-9-2017 06:59 PM
Siannya dia.. dh 10 tahun berlalu..
Quote pearl.silver 14-9-2017 07:04 PM
Teringat kat matriks dulu mak ayah doktor, dia xdapat 4.0, terus jd weng sebab pressure xdpt jd yg terbaik. Pastu kena sorok hantu jauhh gilaa

Lihat semua komen(157)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.060400 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top