Kamal Adli jelas terasa apabila pengarah filem Datuk Jurey Latiff 'melahar' dirinya kerana gagal muncul pada malam tayangan filem Malay Regiment pada 29 Ogos lalu.
Mstar melaporkan Kamal tampil memberikan penjelasan yang dia sebenarnya sedang menjalani penggambaran drama Duda Pujaan Dara seterusnya menyebabkan dia sukar keluar dari lokasi penggambaran. "Pada mulanya saya diam sahaja sebab tiada ada masalah dengan abang Jurey. Tapi tak sangka dia keluarkan kenyataan di akhbar saya tak muncul malam tayangan filem itu. "Apa yang dia katakan itu membuatkan saya betul-betul terasa. Saya dah maklumkan kepada pihak produksinya. "Kalau sempat memang saya akan hadir sebab ada penggambaran drama Duda Pujaan Dara. Tapi pihak produksi drama tidak dapat lepaskan saya sebab masa tidak cukup," ujarnya kepada Mstar.
Tambahan pula, Kamal berkata dia bukanlah pelakon utama seperti yang didakwa dan nyata sekali dia berkecil hati kerana pengarah itu mendoakan dia tidak laku selepas ini. "Apa yang dia katakan, doakan saya tak laku, memang saya terasa. Pihak dia pun tidak menghubungi saya selepas itu. "Tapi saya nak betulkan dekat sini, saya bukan pelakon utama seperti yang dikatakannya. Saya hanya pelakon sampingan. Malah, gambar saya pun tidak ada dalam poster filem itu," katanya lagi. "Bagi pihak saya minta maaf jika saya ada buat salah dan tidak dapat hadir pada malam itu. Tapi saya masih promosi filem ini di laman sosial," tambahnya. - CARI |
4
Bagus |
5
Marah |
11
Terkejut |
12
Sedih |
3
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fadz84 replied at 14-9-2017 10:18 PM
Mcm best je tgk trailer film kolestrol vs cinta tu.. Tiz Zaqyah berlakon natural..
idakamaruddin replied at 14-9-2017 09:33 PM
dah lama aku x layan cite melayu
cite SHMP ngn cite HSC pn aku x layan
raradhia replied at 14-9-2017 11:27 PM
kat sini xada pawagam, kalau x iols nak tengok jgak. .alaaaaa
Aduradura replied at 14-9-2017 11:32 PM
Kesiannya sis tempat chuolls takde pawagam....tinggal kat maner tu
raradhia replied at 14-9-2017 11:36 PM
kesian kan, kwsn terpencil d sabah. .hihihi
Aduradura replied at 14-9-2017 11:39 PM
Owww, sis , filem filem melayu yg kepam2 ni tengok online je laaa hahahhaaha
ADVERTISEMENT