CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebelum Ceroboh Bilik, Lelaki Sempat Tulis Ayat Putus Cinta Di Dinding

16-9-2017 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8846| Komen: 25

Seorang lelaki sempat mengarang ayat putus cinta sebelum cuba menceroboh bilik sewa di Miri.

Lelaki itu bagaimanapun berjaya ditahan oleh pasukan polis dan ahli Jawatankuasa Penduduk (JKP) Pujut di Saberkas, di sini.


Ayat yang ditulis di dinding tersebut berbunyi, "Ijan love Ani. Ani kenapa kau tinggalkanku. Ku sayang padamu, kau hancurkan jiwaku."

Foto: Harian Metro
Menurut laporan Harian Metro, dua lelaki termasuk lelaki yang menulis ayat cinta terbabit cuba memecah masuk bilik sewa berkenaan selain mencuri tong gas dan kipas dinding.

Sumber berkata, “Pasukan polis dibantu JKP Pujut bergegas ke lokasi dan menahan kedua-dua lelaki terbabit.


“Hasil siasatan mendapati, dua lelaki terbabit ialah suspek sama dipercayai cuba menceroboh bilik sewa di kawasan itu dengan memecahkan mangga pintu selepas seorang daripada penyewa mengecam mereka.

“Bagaimanapun, tindakan mereka gagal namun seorang daripada suspek menulis ayat putus cinta di dinding bilik sewa berkenaan sebelum mereka melarikan diri.” 

Kedua-dua suspek ditahan di Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut. -CARI
23

Bagus
23

Marah
13

Terkejut
21

Sedih
27

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cahaya_almas 16-9-2017 12:54 PM
Mak ai buruknya tulisan...ejaan pn salah....adoi patutlah awek tu tknk...haha..kelakar pulak rasanya...ke indon nir...
Quote ShiningStars 16-9-2017 01:07 PM
Sempat berjiwang..mesti kes kena reject ni {:laugh
Quote HannahMontana 16-9-2017 03:02 PM
cinta mmg boleh buat kita gila.

sebab tu sedari awal aku simen hati aku jgn kata cinta ,nyamuk pun xboleh cucuk.
Quote batmana 16-9-2017 03:15 PM
suspek masalah pendidikan ni
ejaan pn xbetul

msti skola tk abis
pstu terlibat ngn bnda -ve

jadila cmni

moga berubah hendaknye
Quote moonbug 16-9-2017 04:33 PM
Gigih curi tong gas. Susah oi nak bwk
Quote lil_sparky 16-9-2017 05:01 PM
Bgs la ain tinggal kan ijan
Quote insulin 16-9-2017 05:09 PM
Perangai macam budak-budak.
Quote buapakperut 16-9-2017 11:46 PM
Takde brang berharga lainkah tong gas pun disapunya. Ntah2 dah kosong beriya ko angkat ijan. Ejaan dahla macam buronghantuk
Quote matchstick 17-9-2017 12:42 AM
ntah kenapa aku rasa kesian pulak

tp mujurlah dia x buat bukan2 kt ani tu
Quote EvieWanKenobi 17-9-2017 08:33 AM
malangnya.. dah kena tinggal..
pas tu kena tangkap lak..
Quote zackry14 17-9-2017 08:44 AM
Mmg patut kena dump. Xde masa dpn. Keja mencuri jek.
Quote nobito 17-9-2017 11:09 AM
HannahMontana replied at 16-9-2017 03:02 PM
cinta mmg boleh buat kita gila.

sebab tu sedari awal aku simen hati aku jgn kata cinta ,nyamuk pu ...

Kau memang tak laku dik
Quote chinatsu 19-9-2017 08:29 AM
dia ceroboh rumah si ani tu ke atau rumah lain?
takutnya laa kalau ceroboh rumah ani dan ani ada kat situ..
Quote minguk 19-9-2017 08:43 AM
ijan kalau sayang ani kenapa curi tong gas?
Quote kucen_miang 19-9-2017 08:59 AM
minguk replied at 19-9-2017 08:43 AM
ijan kalau sayang ani kenapa curi tong gas?

nak beli cincin belah rotan


jiwa=giwa  
Quote mieymiey 19-9-2017 09:05 AM
Selayaknya la si Ani tu tinggalkan engko.
Dah la tak pandai mengeja, mencuri pula tu.
Quote ckitjer 19-9-2017 09:43 AM
Ijan pencuri.. mmg tak layak dicintai
Quote minguk 19-9-2017 10:50 AM
kucen_miang replied at 19-9-2017 08:59 AM
nak beli cincin belah rotan

maafkan ani ijan, ani salah faham tindakan ijan..
Quote -electrifying- 19-9-2017 12:46 PM
tgh high ke apa

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.198637 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top