Tak habis-habis lagi dengan Alicia Amin, kali ini model dan juga pelakon ini dikecam lagi gara-gara kapsyennya di Instagram. Disebabkan simpati dan sedih atas tragedi kebakaran yang menimpa pusat tahfiz baru-baru ini, Alicia ada memuat naik gambar pelajar tahfiz yang terkorban dengan luahan yang cukup menyentuh hati.
Tulisnya, "My heart goes out to the families who lost their loved ones. We need to do better to protect the children. Schools should not be a fire hazard. RIP" Macam biasa, bertubi-tubi komen dari netizen mengatakan perkataan RIP adalah tidak sesuai digunakan di sini memandangkan yang meninggal dunia adalah beragama Islam. Namun ada juga yang menyokong mengatakan ianya tidak salah dan sekadar ucapan sahaja.
Alicia juga turut menegur netizen yang melontarkan kata-kata negatif supaya buka minda dan berubah menjadi yang lebih positif. "I tolerate a lot of things but not this. Do not bring disrespect here. People have lost their children. My intention is to wish them peace. Open you heart and mind please." Rasanya bukan sengaja dia mahu mencetuskan perbalahan dan niatnya cuma untuk berkongsi kesedihan dan berdoa yang baik-baik sahaja untuk mangsa dan keluarga. Apa pandangan anda? -CARI
|
prettyuglybabe replied at 17-9-2017 11:49 AM
yang tulis al fatihah tu apa kurangnya..
prettyuglybabe replied at 17-9-2017 11:49 AM
yang tulis al fatihah tu apa kurangnya..
ADVERTISEMENT