Muhammad Fahmi Abdullah yang merupakan salah seorang mangsa tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, Khamis lalu. Kelmarin ibunya Noorazlina Bakry ketika ditemubual pemberita berkata dia tidak akan maafkan kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam tragedi tersebut. Memetik laporan Berita Harian, dengan perasaan penuh kesedihan Noorazlina berkata bahawa dia belum sempat memberi kasih sayang yang secukupnya buat anak sulungnya, kini anak kesayangannya itu sudah tinggalkan dia buat selama-lamanya. Sehubungan itu, ibu tersebut memohon pihak berkuasa mengenakan hukuman yang setimpal buat kesemua suspek yang sanggup melakukan perbuatan yang amat tidak berperikemanusiaan itu.
"Saya mengharapkan keadilan dapat ditegakkan. Biar mereka tak keluar (daripada penjara) pun tak apa. Hati apa (suspek) sanggup buat begitu... biar mereka dikenakan hukuman yang setimpal, bilangan orang yang mereka bunuh bukan seorang dua sahaja." "Saya tidak akan maafkan perbuatan mereka. Saya tidak mahu berjumpa mereka, tak mahu pandang muka mereka." Sabtu lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, pada sidang media, mengesahkan punca kebakaran asrama pusat tahfiz di Jalan Keramat Ujung, Kampung Dato Keramat, itu bermotifkan dendam.- CARI
|
17
Bagus |
15
Marah |
18
Terkejut |
11
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jazaa100 replied at 18-9-2017 09:59 AM
Aku pelik satu je...
Mcmana anak setan blh masuk bangunan tu sampai je tingkat 3....
espri6006 replied at 18-9-2017 09:59 AM
selayaknya begitulah....biar mereput dalam tirai besi.
MyNameIsIris replied at 18-9-2017 09:58 AM
kalau i pun i takkan maafkan
sama macam mak farhan, dia pun up status takkan maafkan okt semua seba ...
jazaa100 replied at 18-9-2017 10:05 AM
Bagus mak farhan buat mcm tu....
Tu pun bkn keeja manusia...kerja binatang....sesenang amik nya ...
MyNameIsIris replied at 18-9-2017 10:01 AM
ada interview 1 atuk okt... dia kata pengaruh rakan
cucu dia memang tak sekolah, lepas tu berg ...
nariz replied at 18-9-2017 10:10 AM
Keramat tahfiz fire: Grieving mum says if suspects are guilty, they should get death penalty
KUAL ...
jazaa100 replied at 18-9-2017 10:12 AM
Knp nk salahkn kwn?....
Yg cucunya dah tak sekolah tu, tak nmpak salah ke?...klu ank dia jaga c ...
ADVERTISEMENT