Mata masih terbayang-bayang, telinga masih terngiang-ngiang, hati masih sayu mengingatkan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Masih ramai yang bersedih terutama ibu bapa yang kehilangan anak mereka dalam kemalangan terbabit. Pun begitu, dalam orang ramai berduka cita tetap ada insan berhati busuk mencanang keburukan pusat tahfiz. Berikutan inisiden kebakaran itu, terdapat beberapa pengguna media sosial menjadi tular kerana memuat naik status berbaur sindiran dan kritikan bersifat menjatuh dan mengaibkan. Seperti dikongsikan Facebook (FB) The Viral Stories, Anisa HangTuah telah memuat naik sebuah status menghina dengan membuat perbandingan antara pusat tahfiz dan sekolah Cina. Apa yang ditulisnya itu bagaikan tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang intelek biarpun merupkan lulusan dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Bagaimanapun, dia dipercayai sudah menyahaktifkan akaun FB miliknya itu. Sementara itu, seorang lagi pengguna FB, Najmi Nadzir mempertikaikan penubuhan pusat tahfiz. Lebih memalukan, posting saudara ini kelihatan seperti sangat membenci pusat pengajian terbabit. Berang dengan tindakan Najmi, netizen menggunakan namanya untuk membuka satu akaun palsu bagi berkongsi tangkap layar postingnya itu. Ramai netizen tak berpuas hati dengan tindakan itu dan menyifatkannya sebagai seorang yang jahil agama. Tak salah meluahkan pandangan masing-masing, tapi timbangkanlah baik buruk serta kesan dan akibatnya. Tak perlu sindir-menyindir dan hina-menghina ni. Fikirkanlah perasaan keluarga mangsa, okey? - CARI
|
15
Bagus |
28
Marah |
19
Terkejut |
14
Sedih |
12
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Bagaimanapun, dia dipercayai sudah menyahaktifkan akaun FB miliknya itu.
vanillaninja replied at 18-9-2017 11:16 AM
Eh. Kata "kessaaahh?" Alih2 deactivate jugak. Kelakar la sheols ni
Cyempaka replied at 18-9-2017 01:21 PM
Itu dikira mempersenda ke... Dia bg pendapat je. Org sekarang biadap, xsetuju dgn pendapat org terus ...
Cyempaka replied at 18-9-2017 01:21 PM
Itu dikira mempersenda ke... Dia bg pendapat je. Org sekarang biadap, xsetuju dgn pendapat org terus ...
ADVERTISEMENT