Pernah tak anda berasa bosan apabila membeli-belah di pasar raya? Jika anda jenis yang suka berbelanja dalam bajet, pasti menjengkelkan apabila kena mengeluarkan kalkulator (atau telefon bimbit) setiap kali mengambil barang kerana bimbang terlari dari bajet.
Bagaimana kalau setiap troli disediakan kalkulator? Sudah pasti sangat berguna dan memudahkan kerja kira-kira anda! Jom tengok apa lagi yang boleh buat aktiviti beli-belah kita lebih menyeronokkan selain kalkulator ini seperti dikongsikan BoredPanda! 1. Perlu ke, tak perlu? Kedai ini menyediakan raga dengan tag yang akan menentukan sama ada mereka memerlukan bantuan ataupun tidak. 2. Buah PERCUMA untuk kanak-kanak! Susah berbelanja bersama anak kecil? Kedai ini menyediakan buah-buahan percuma untuk membuat anak anda leka sementara anda membeli-belah. 3. Mana barang ini 'menyorok'? Kaki dah lenguh pusing satu pusat beli belah, tapi barang yang dicari-cari tetap tak nampak batang hidung. Dengan adanya GPS ini, anda takkan 'sesat' lagi dalam pasar raya! 4. Tak ada troli lain yang lebih elok ke? Tiada lagi troli bermasalah! 5. Nah, petik sahaja cendawan segar! 6. Tak nampak? Guna saja kanta pembesar ini! Bukan yang rabun dekat sahaja rimas membaca tulisan halus macam cacing kat belakang kotak atau plastik produk, kan? 7. Nak ke, tak nak? Kadang-kadang dah berjalan jauh tu, baru terasa ada barang dalam troli yang tak diperlukan. Ha, lepas ni bolehlah letak balik dalam rak ni kalau tak nak beli. 8. Kos GPS terlalu tinggi? Guna cara ini! Orang yang guna benda ni mesti jarang beli barang sendiri kan? Nak harap orang lain je belikan. Gurau saja, ya! Kadang-kadang kita akan masuk membeli barang di pasar raya yang tak pernah kita pergi, kan? Senang kalau ada benda ni. Kalau di Malaysia buat macam ni, rasanya akan ambil masa berapa lama untuk semua ni rosak atau lesap? - CARI
|
26
Bagus |
9
Marah |
9
Terkejut |
14
Sedih |
7
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT