Ramai penggemar iPhone pastinya tidak sabar memiliki telefon pintar keluaran Apple Inc. iaitu iPhone X yang akan dijual di pasaran pada 3 November dan dilaporkan tempahannya boleh dibuat mulai 27 Oktober dengan harga yang diumumkan sebelum ini iaitu kira-kira bernilai RM4,200 atau bersamaan USD$999. Akan tetapi tahukah anda kos sebenar telefon pintar tersebut? Memetik laporan Lowyat.Net yang memetik maklumat menerusi sumber daipada sebuah syarikat penerbitan China yang dikenali ichunt mendapati harga sebenar untuk satu unit iPhone X 256GB, harga sebenarnya adalah $412.75 atau bersamaan RM1,700. Pendedahan tersebut disahkan menerusi satu salinan Bill of Materials (BOM) mengenai harga terperinci setiap komponen iPhone X. Ini termasuk skin paparan, chipset, dan bingkai keluli tahan karat iPhone X.
Jelas kelihatan komponen paling mahal ialah harga paparan OLED 5.8 inci yang $80 (RM335). Komponen kedua termahal ialah bingkai keluli tahan karat dan “gelas kaca” berharga $53 (RM220). Sementara itu, memori NAND 256GB dari Toshiba berharga $45 (RM190). Biarpun harga pasaran yang diumumkan sebelum ini, model iPhone X 256GB ialah RM4800, jika dibandingkan dengan harga kilang yang hanya RM1,700 iaitu perbezaannya adalah RM3100. Namun perlu diambil kira juga kos lain seperti R&D, pemasaran dan juga cukai.- CARI
|
14
Bagus |
21
Marah |
27
Terkejut |
22
Sedih |
17
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin replied at 20-9-2017 05:10 PM
normal la kot dia nak markap byk mcmtu
tgk plak demand dia cane
aHoi83 replied at 20-9-2017 05:20 PM
Kos hp tak termasuk staff yg perah otak ke? Yg dia bg tu rege komponen, so nak pasang free? Ios free ...
ADVERTISEMENT