|
Malang tak berbau. seorang remaja perempuan mati lemas selepas terjatuh ketika mencari etok di Sungai Semantan dekat Taman Mentakab Indah, Temerloh, pada jam 5.45 petang semalam, lapor BH Online.
Difahamkan, Maizatul Aifa Samsudin, 18, bersama ibu bapanya serta seorang rakan tiba di tempat kejadian kira-kira jam 2.30 petang sebelum bapa mangsa menyedari dia terjatuh ke dalam sungai. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Mohd Zamri Mohd Sidek mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.30 petang. "Sebaik menerima panggilan, enam anggota termasuk empat anggota pasukan penyelamatan di air dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mencari dan menyelamat mangsa.
"Mangsa ditemukan kira-kira lima meter dari lokasi dia dipercayai jatuh selepas pencarian dilakukan selama kira-kira tiga jam," katanya. Mayat dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah untuk bedah siasat. - CARI |


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.110066 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.