Hebat! Wanita Melayu namun faham dan fasih sekali berbahasa Tamil! Kisah wanita ini, Rubainah Saruji, 56 mendapat perhatian ramai bila media tempatan menyiarkan tentang kefasihannya berbahasa Tamil.
Kisah bagaimana dia membalas semula kutukan orang dalam bahasa Tamil sememangnya 'win'! ”Aku bawa bekal kau susah apa, bukan pakai duit kau, mulut aku perut aku, suka hati akulah”. Begitulah yang diucapkannya kepada dua pemuda India tahun lepas dalam perjalan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. Katanya, dua pemuda itu terkejut dan terdiam malu selepas mengata wanita tersebut dalam bahasa Tamil.
Memetik Sinar Harian, wanita ini mula pandai bercakap Tamil apabila dia berjiran dengan kaum India dan tinggal di kawasan estet di Batang Berjuntai. “Seingat saya semasa umur enam tahun saya sudah boleh faham dan bercakap bahasa Tamil. Nak menulis dan membaca pun boleh tapi tidak semahir dulu kerana sudah lama tidak berlatih. “Daripada 11 beradik hanya saya dan kakak boleh berbahasa Tamil sementara yang lainnya faham tapi tidak boleh bertutur bahasa tersebut,” katanya. Jika kaum Melayu lain boleh berbahasa Cina, memang sangat jarang yang pandai berbahasa Tamil. “Kadang-kadang kalau pergi ke pasar raya atau ke pusat beli-belah kalau terdengar orang India berkata pasal saya, saya akan terus membalasnya. “Dan reaksi yang saya terima sama. Kebanyakan daripada mereka akan terkejut dan kemudian meminta maaf. “Kawan-kawan kata bahasa Tamil saya lebih baik daripada mereka yang kini menggunakan bahasa pasar sedangkan saya masih menggunakan bahasa baku,” katanya yang sering bertutur dalam bahasa tersebut dengan rakan-rakan India. - CARI
|
24
Bagus |
8
Marah |
21
Terkejut |
18
Sedih |
8
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
alieyrina replied at 25-9-2017 04:19 PM
Mak kwn aku pun pandai ckp tamil..tak sangka..ritu xsiden dgn lori hindu baru tau dia leh ckp
sofiazara replied at 25-9-2017 03:50 PM
nan unne kalladikere
precious_chicas replied at 25-9-2017 04:36 PM
Pernah tanya sorang kawan indian dulu, camne nak sebut 'saya cintakan awak' dalam tamil,
dia ju ...
precious_chicas replied at 25-9-2017 04:36 PM
Pernah tanya sorang kawan indian dulu, camne nak sebut 'saya cintakan awak' dalam tamil,
dia ju ...
sofiazara replied at 25-9-2017 03:50 PM
nan unne kalladikere
-electrifying- replied at 25-9-2017 05:08 PM
mksdnya aku syg/cinta kamu kan?
precious_chicas replied at 25-9-2017 04:36 PM
Pernah tanya sorang kawan indian dulu, camne nak sebut 'saya cintakan awak' dalam tamil,
dia ju ...
sofiazara replied at 25-9-2017 05:09 PM
haah. tu je tamil yang aku reti
-electrifying- replied at 25-9-2017 05:19 PM
ni rumba allege
ADVERTISEMENT