Fuh! Mengancam juga penampilan pelakon kanak-kanak Mia Sara pada malam anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29), Sabtu lalu.
Lantaran itu, bapa Mia iaitu Muhammad Ridhuan atau Ridz menegaskan, baju yang digayakan Mia tidak seketat seperti dalam gambar. "Saya mengaku tudung yang dipakai Mia pada malam tersebut agak singkat dan saya terima segala teguran. "Namun, bajunya tidak seketat yang anda nampak dalam gambar itu. Kalau lihat secara berdepan, baju itu longgar sahaja. "Mungkin disebabkan sisi kamera yang mengambil gambar sehingga nampak bahagian dadanya jelas," kata Ridz kepada mStar Online.
Sebelum ini, Mia Sara Nasuha, 12, dikecam hebat kerana busana dipakainya itu dilihat mengikut bentuk badan. Malah, dia juga dihentam apabila tudung dikenakan tidak sesuai kerana terlalu singkat sehingga menampakkan bahagian dadanya. "Saya mengaku tudung Mia terlalu singkat dan ia adalah kesalahan saya sendiri. Semua yang dilakukan pada saat-saat akhir. "Kami mendapat jemputan untuk hadir pada malam itu pun kurang dari dua minggu. Manakala baju Mia siap sehari sebelum. "Tak sempat nak cari tudung yang sesuai dan kebetulan baju itu ada hiasan di bahagian bahu," ujarnya. Ridz memohon maaf jika ada pihak tidak berkenan dengan busana anaknya itu dan dalam masa sama, dia berterima kasih kepada netizen di atas komen positif mereka. "Saya minta maaf jika ada pihak yang tidak suka atau selesa melihat pakaian Mia. Tapi bagi mata saya, dia tetap kelihatan cantik. "Untuk netizen yang komen positif itu saya mengucapkan terima kasih. Yang negatif itu, saya dan Mia biarkan sahaja," katanya. Tak apalah Mia, orang kritik sebab sayang. Buang yang keruh, ambil yang jernih, okey? - CARI
|
8
Bagus |
4
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
2
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sebelum ini, Mia Sara Nasuha, 12, dikecam hebat kerana busana dipakainya itu dilihat mengikut bentuk badan.
Malah, dia juga dihentam apabila tudung dikenakan tidak sesuai kerana terlalu singkat sehingga menampakkan bahagian dadanya.
ADVERTISEMENT