"Hina saya tidak kisah... tapi ini melarat pula ke anak-anak saya. Biar masyarakat menilai dirinya, rupa-rupanya masih ada 'spesis' macam ini dalam negara." Demikian luahan marah Datuk Yusof Haslam terhadap sikap Mansor Puteh yang dianggapnya tidak pernah berubah sejak dari dulu lagi. "Tindakan Mansor itu bukan perkara pelik kerana sebelum ini dia juga pernah mengkritik dan menghina filem Bukit Kepong arahan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin dan Allahyarham Seniman Tan Sri P. Ramlee." Memetik laporan mStar, Datuk Yusof Haslam turut menyifatkan pengkritik filem kontroversi itu berhati hitam kerana melabel karyanya sebagai bahan tong sampah dan kini pengarah itu mengheret pula Syamsul dan Syafiq, dua anaknya itu sebagai sasaran.
"Kasihan dia (Mansor), dia mahukan perhatian selepas 35 tahun menghina filem orang lain dan pada saya hati dia ini sudah hitam." "Tidak mengapa semoga Allah buka pintu hatinya dan turunkan hidayah." "Saya pun bukanlah pernah minta dipuji," katanya yang kini berada di Jakarta, Indonesia. Khamis lalu, Mansor menerusi statusnya di Facebook menulis; "Kebanyakan filem Hollywood dan filem Malaysia dan filem Yusof Haslam dan anak-anaknya sepatutnya dibuang di dalam ini (merujuk kepada gambar bakul sampah).- CARI
|
25
Bagus |
22
Marah |
11
Terkejut |
7
Sedih |
17
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT