Penemuan seekor ular sawa seberat 35 kilogram di dalam bahagian enjin kereta mengejutkan seorang lelaki ketika dia ingin menghantar anaknya ke tabika, lapor Sinar Online.
Kamaruzaman Awang, 45, berkata, bonet kereta Perodua Alza miliknya sukar dibuka ketika dia hendak membuat pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan. "Lepas berjaya dibuka, saya lihat seekor ular sawa pada bahagian enjin. Saya terus lepaskan bonet hingga menghempap ular berkenaan kerana terkejut," katanya. Menurut Kamaruzaman yang tinggal di Lepan Anjung, Dabong, Kuala Krai, adik iparnya, Nik Azwan Nik Soh, 28, enggan membantu apabila diajak untuk mengeluarkan reptilia itu dari kenderaannya.
"Adik ipar kemudiannya hubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk bantu keluarkan ular," katanya. Tambah Kamaruzaman, itu bukan kali pertama dia menemui ular di sekitar rumahnya. "Selalunya saya berani tangkap ular kerana saiznya agak kecil. "Tapi ular sawa ini agak besar, sebab tu saya tak berani nak keluarkannya dari enjin kereta," ujarnya. Pegawai APM Kuala Krai, Kapten (PA) Mohd Hanif Omar mengesahkan pihaknya menerima laporan penemuan berkenaan dan mengerahkan enam anggota ke lokasi. "Setibanya di sana, reptilia itu masih berada pada bahagian ruangan enjin kereta. "Anggota bertugas mengambil masa empat minit untuk mengeluarkan ular berkenaan dengan menggunakan penjerut," katanya. Ular sepanjang lima meter itu dibawa ke pejabat APM untuk diserahkan kepada pihak perhilitan. - CARI
|
11
Bagus |
22
Marah |
21
Terkejut |
14
Sedih |
19
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zameyla replied at 10-10-2017 09:41 AM
kalau kita tak sedar ular tu ada dalam injin camana? Serius tanya nie..
BoongaKertas replied at 10-10-2017 09:52 AM
valid soalan chuols. Ular tu boleh menyelinap masuk dari enjin ke dlm kereta x? kalau bukan ular s ...
zameyla replied at 10-10-2017 09:54 AM
scarynya....sedar2 duduk kat pedal minyak...
BoongaKertas replied at 10-10-2017 09:52 AM
valid soalan chuols. Ular tu boleh menyelinap masuk dari enjin ke dlm kereta x? kalau bukan ular s ...
zulka replied at 10-10-2017 10:12 AM
ular tu tak boleh masuk dlm kabin....ular tu akan keluar bila kita start enjin bila dia berpeluang ...
coco replied at 10-10-2017 09:59 AM
kalau dia sangkut gak dalam enjin... enjin lama lama akan panas... n ular tu akan meletop.....
zameyla replied at 10-10-2017 09:41 AM
kalau kita tak sedar ular tu ada dalam injin camana? Serius tanya nie..
BoongaKertas replied at 10-10-2017 09:52 AM
valid soalan chuols. Ular tu boleh menyelinap masuk dari enjin ke dlm kereta x? kalau bukan ular s ...
ADVERTISEMENT