CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Merajuk Punya Pasal, Budak Menyorok Bawah Rekahan Simen

11-10-2017 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8748| Komen: 76

Gara-gara berkecil hati selepas ditegur ibunya, seorang budak lelaki merajuk sehingga bertindak menyorok di bawah rekahan simen di kawasan pagar Sekolah Kebangsaan Semerah Padi di Jalan Depo, Petra Jaya.


Memetik Harian Metro, budak lelaki berusia 10 tahun itu berjaya diselamatkan anggota bomba pada petang kelmarin.


Foto: Harian Metro

Selepas ibu dan beberapa rakan gagal memujuknya keluar dari rekahan simen yang dianggarkan setinggi 0.3 meter itu, mereka terpaksa meminta bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya.

"Bilik gerakan menerima panggilan kecemasan jam 5 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari BBP Petra Jaya bergegas ke lokasi untuk operasi mengeluarkan budak lelaki terbabit.


"Pegawai dan anggota bertugas mengambil masa kira-kira 45 minit untuk memujuk budak lelaki itu keluar kerana bimbang sekiranya terdapat haiwan berbisa di dalam rekahan berkenaan," kata Ketua BBP Petra Jaya Mohd Mirza Dzalmira Miraj.

Selepas puas dipujuk ketika hujan, budak lelaki itu akhirnya berlembut hati untuk keluar dari rekahan dalam keadaan kesejukan selain kakinya yang kejang.

Dia dibawa ke Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS) untuk menerima rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut. - CARI
14

Bagus
13

Marah
13

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamarock 10-10-2017 07:10 PM
Mesti ingat sampai ke tua, merajuk punya pasal kamu masuk surat khabar dik
Quote matamata 10-10-2017 07:10 PM
Ganasnya ko merajuk naak
Quote matamata 10-10-2017 07:11 PM
10 thn tu kira besar jugaklaaa
Quote Kittie 10-10-2017 07:16 PM
Tak pasal2 abam bomba asek kena jd kaunselor.
Nk pujuk org nk bunuh diri lg, nk pujuk budak majuk lg, nk pujuk miaw degil atas pokok lg.
Quote Dalcott 10-10-2017 07:19 PM
muat pulak tu.
Quote matamata 10-10-2017 07:20 PM
Curah air pelan rasanya dia blh keluar kot...
Quote noraidil_06 10-10-2017 07:24 PM
Hahahhahaha. Mai acik lempang skit. Biasa tu
Quote salmon-suki 10-10-2017 07:26 PM
Caner die bley masuk celah tu?pengaruh harry potter ni,nk masuk ke dunia wizardy world tu..
Quote awanearisu 10-10-2017 07:27 PM
Bomba serba boleh kan
Quote GhostWalking 10-10-2017 07:27 PM
Ko kena panggil dek IT ke dekkk gedik tau
Quote salmon-suki 10-10-2017 07:27 PM
Kittie replied at 10-10-2017 07:16 PM
Tak pasal2 abam bomba asek kena jd kaunselor.
Nk pujuk org nk bunuh diri lg, nk pujuk budak m ...

Haaa..y ni tersangat betul!! Tgk keje bomba skrg byk ke arah psikologi pulak daa..dulu2 byk kes kebakaran,skrg kes cmni..tgkap ular laa,dah jd meluas pulak skop tugas abam bomba kite..haha
Quote ejans 10-10-2017 07:28 PM
Kalau aku jd mak diaa. Aku biarkann je ... Ko duduk lah situu. Ular lipann dtg gigitt ko jangann nak melalak.. Xyah susah aku nk kuburkan koo..  Confirm bdk ni naik teruss
Quote matamata 10-10-2017 07:30 PM
Hati tisu btl budak ni, harap jgnla join forum CI, mau terjun bangunan
Quote cap_ayam 10-10-2017 07:49 PM
Dulu masa acik merajuk pun paling kuat nyorok bawah katil dek...agak2 dah sejuk bawah tu keluar lah.. Pi dapur makan nasik..
Quote EJALTI 10-10-2017 07:51 PM
cap_ayam replied at 10-10-2017 11:49 AM
Dulu masa acik merajuk pun paling kuat nyorok bawah katil dek...agak2 dah sejuk bawah tu keluar lah. ...

  Tak payah nak susah2 panggil bomba bagai kannnnnnnnnnnnn....
Quote nuryakmal 10-10-2017 07:56 PM
IT x dtg plk
Quote mommymonster82 10-10-2017 07:58 PM
Me speku budak ni ada masalh pembelajaran..
Tolongla mak ayah bawa jumpa pakar untuk cek..
Xnormal budak2 nk merajuk sampin gitu sekali..
Quote jazaa100 10-10-2017 08:11 PM
cap_ayam replied at 10-10-2017 07:49 PM
Dulu masa acik merajuk pun paling kuat nyorok bawah katil dek...agak2 dah sejuk bawah tu keluar lah. ...


Acik mkn nasi bila semua org dah tido......
Quote Vokuro 10-10-2017 08:14 PM
Bimbo nya kau dek, kecik2 dah pandai nak membirah dengan abang bomba sedap

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.046517 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top