CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jangan Berani Ketawakan Perkataan 'Tunafoto', Kalau Setakat A Dalam SPM Bahasa Melayu

16-10-2017 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10317| Komen: 41|Original author: Oleh: Adib Za

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang perkataan atau istilah terbaharu daripada Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu tunafoto. 

Ia merupakan terjemahan bahasa Melayu untuk perkataan photobomb dalam bahasa Inggeris. 


Sebaliknya ramai yang berasa lucu, sukar menerima dan menganggap ia sebagai satu yang pelik. Iyalah, ikan tuna dipadankan pula dengan foto. 

Agak 'catchy' dan menarik sebenarnya. Membuatkan ramai boleh mengingati perkataan tersebut dengan cepat. 


Namun, ada sesetengah pihak yang menjadikan perkataan tersebut sebagai lawak jenaka sehingga menyebabkan pencinta bahasa berasa terguris. 

Seorang netizen bernama Ayman Rashdan Wong tampil bagi menjelaskan mengapa istilah tunafoto bukan sesuatu yang pelik. Malah seharusnya membuatkan seluruh penutur bahasa Melayu berasa bangga. 


Anda boleh membaca penjelasannya di bawah. Sengaja dia menulis dalam bahasa Inggeris.

"Kena tulis dalam Inggeris lah, kalau tak orang ingat tak swag, tak hipster, tak urban. 

"Kena cakap Inggeris baru nampak maju dan educated.."

Tuna merupakan contoh imbuhan dalam bahasa Melayu yang bermaksud luahan kepada ketidaksempurnaan atau kekurangan sesuatu.


Di Jepun Photobomb diterjemah sebagai utsurikomi yang tiada kena mengena dengan bom kerana mereka tidak suka adanya kaitan dengan bom!


Netizen turut bersetuju dan menganggap jenaka tentang perkataan tunafoto tidak seharusnya berlaku.


Bagaimana pula dengan pendapat anda? Sudah faham dengan konsep 'tuna' yang ingin disampaikan? - CARI 
13

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mziskandar 16-10-2017 05:15 PM
What if durian is not durian.
Quote azimodin 16-10-2017 05:16 PM
Aku xnak kutuk tapi bahagian Tuna tu merujuk ikan TUNA ke???
Quote alieyrina 16-10-2017 08:40 PM
Mcm2 la korang..cari pekataan yg x mengundang lawak jenaka la kut..aku pun xtau makna tuna dlm bhs melayu maksudnya begitu..
Quote RatuDunia94 16-10-2017 09:04 PM
How about CelaFoto? Hahaha
Quote Skuau 17-10-2017 12:35 AM
gambar rosak...apa masalhnya???
Quote MissNigga 17-10-2017 08:31 AM
mana mana ler uols......
yangpenting .. jgn ikut indon ...
perkataan English habis diindonkan ...
Quote krustykrab 17-10-2017 08:38 AM
abis knp dlm BI guna photobomb? knp takde bomb pun masih nak letak bomb
Quote nisako 17-10-2017 08:42 AM
mana2 pun ok. mula mmg pelik la..............
Quote Eva_yy_Ellin 17-10-2017 08:43 AM
Tuna - sastera lama yang bermaksud luka, cacat atau rosak.
Tunafoto - gambar yang rosak

Make sense.

Menjawab persoalan @azimodin tuna dalam tunafoto bukan ikan tuna.
Quote gerbera.memopad 17-10-2017 08:47 AM
Aku pun tak tahu ada makna lain utk tuna tu selain ikan

Tapi ok apa tunafoto, unik sangat. Masa swafoto keluar dulu pun awkward jugak nak menyebutnya tp skrg ok je.
Quote azimodin 17-10-2017 08:57 AM
Eva_yy_Ellin replied at 17-10-2017 08:43 AM
Tuna - sastera lama yang bermaksud luka, cacat atau rosak.
Tunafoto - gambar yang rosak

Thank you. rasanya bila diperkenalkan perkataan baru ni patut ada penerangan asal usul perkataan tu jugak. orang2 yang buta bahasa mavam iouls ni mana la nak tahu Tuna tu dari bahasa sastera lama. bila da ada penerangan camni baru la make sense. i pon tahu pasal tunafoto lepas dah kecoh2.
Quote emelia1509 17-10-2017 09:12 AM
Ok menarik..

Pasni bole la guna TUNAFOTO..

Quote Megikari 17-10-2017 09:26 AM
Ok je tunafoto. Tapi kalau dah kaki menghencap, memang la semua benda nampak salah
Quote raradhia 17-10-2017 09:29 AM
okeyy ja, satu perkataan kan kekdg mempunyai pelbagai maksud. .bukan setakat tuna yg korg mkn tu ja, adoiila. .

iols suka buku sulalatus salatin tu haa, tp kena hadam btol2 laa perkataan dlm tu pun ssh. .kihkih
Quote princessjay 17-10-2017 09:33 AM
sebaiknye kalau kite xtahu jgn terus make joke of it.. cube carik dulu knape dbp gune tuna.. diorg pakar dalam bahasa kn..  kite yg biase ni mmg akn fikir tuna tu ikan nape guna dalm terjemahan tu, kite xfaham & xtahu..  saya pn xtahu tuna dalam bhs dulu maksudnye ape, at least now i know..
Quote -electrifying- 17-10-2017 09:37 AM
mcm xde perkataan lain DBP ni nk bg, sapa yg decide tu? xde angin xde apa ttbe dh terus bg... ewah2, senang kerja korg... xske ,kena tduh tak cintakan bahasa... jadah apa
Quote Star_el 17-10-2017 09:50 AM
-electrifying- replied at 17-10-2017 09:37 AM
mcm xde perkataan lain DBP ni nk bg, sapa yg decide tu? xde angin xde apa ttbe dh terus bg... ewah2, ...

dude, itulah salah satu jobscope DBP, cipta istilah BM yg baru selaras dgn perkembangan hehe
Quote -electrifying- 17-10-2017 10:12 AM
Star_el replied at 17-10-2017 09:50 AM
dude, itulah salah satu jobscope DBP, cipta istilah BM yg baru selaras dgn perkembangan hehe

taw tu, sje je sis nk jadi haters skjap
Quote rogayahtop 17-10-2017 11:08 AM
eleh kalau ye betul2 nak memartabatkan perkataan melayu gunala gambar apasal pulak guna foto.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.060158 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top