Dekat Malaysia pun ada 'Ghostbuster' tau! Jika anda gangguan hantu di kawasan perumahan anda, anda boleh hubungi pakar tangkap jin, Sa'ad Jaafar.
Memetik mStar Online, Sa'ad, 44, boleh menghentikan gangguan hantu tanpa perlu berada di tempat kejadian. Malah, dia mendakwa dia tak perlu berada di lokasi gangguan hantu, sebaliknya khidmatnya boleh dilakukan dari pusat rawatannya (iLahana) sahaja. "Saya tak perlu ada secara fizikal di sesuatu tempat untuk menangkap hantu. Sebelum ini, yang paling jauh ialah saya tangkap jin di Sabah," ujarnya. Tambahnya, pusat rawatannya adalah yang pertama di dunia menawarkan perkidmatan menangkap jin dan hantu dari jarak jauh.
Hampir 300 kawasan di seluruh negara sudah 'dibersihkan' sejak dia memulakan perkhidmatan itu pada 2015 bersama pembantunya, Mohd Azim Adam, 46. Hantu dan jin yang ditangkap kemudiannya disimpan di sebuah lokasi rahsia berhampiran sebuah mansjid. "Kita simpan hantu dan jin berhampiran masjid untuk menggalakkan mereka bertaubat," ujarnya. Sa'ad mengenakan upah sebanyak RM200 bagi sesi selama dua jam. Bagaimanapun, pelanggan boleh membayar mengikut kemahuan mereka. Menurut Sa'ad, garam dan lada adalah bahan biasa digunakan bagi melawan jin, namun ia tak berupaya menangkap, sebaliknya hanya boleh menghalau sahaja. - CARI
|
28
Bagus |
18
Marah |
17
Terkejut |
15
Sedih |
20
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT