Panas terik! Duduk diam sahaja di rumah pun sampai basah baju berpeluh-peluh. Kalau nak tidur lagilah terasa bahangnya.
Cuaca panas yang melanda Malaysia kebelakangan ini memang buat sesiapa pun gelisah. Bertuah bagi mereka yang ada air-cond dalam rumah tapi bil elektrik pula pasti melambung tinggi nanti! Alangkah bagusnya kalau ada cara untuk sejukkan rumah dan badan, tanpa guna air-cond. Nak tahu? Ini yang perlu anda lakukan: 1. Minimakan haba Pastikan anda tutup semua perkakasan haba macam televisyen, lampu dan laptop 2. Buat air-cond sendiri Bekukan air botol semalaman. Letakkannya di lantai, betul-betul di bawah kipas siling atau letakkan air botol beku tadi di belakang kipas meja. (Tabur sedikit garam di atasnya untuk kekalkan beku air botol. 3. Beralih tempat tidur Tinggalkan tilam sebentar dan baring atas lantai beberapa minit. 4. Masukkan bantal dan selimut dalam freezer Lipat kecil-kecil dan masukkan dalam plastik. Gunakan cadar dan sarung bantal dari sutera atau satin. 5. Basahkan sapu tangan dan letakkan di belakang leher Leher mempunyai sensor yang mengawal suhu badan, Jadi kalau leher sejuk, maka seluruh badan akan sejuk. 6. Letak kipas meja berdekatan dengan tingkap Ini membolehkan udara panas yang terkumpul dalam bilik dikeluarkan. Lagi banyak kipas lagi bagus. 7. Guna pelembap udara atau humidifier Ia tidak semahal air-cond dan boleh membantu menambah kelembapan udara. 8. Letak sebekas ais depan kipas angin Boleh tahan sampai 2 hingga 3 jam Memang sangat praktikal dan berkesan. Cuba dulu dan rasakan perubahannya sendiri. -CARI
|
12
Bagus |
18
Marah |
18
Terkejut |
17
Sedih |
15
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT