Seorang lelaki didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Khamis kerana memukul bekas isterinya. Memetik BH Online, Mohd Sahbri Mustaffa, 47, yang juga pekerja bengkel mengaku bersalah menumbuk dan memukul jandanya, dua bulan lalu.
Menurut fakta kes, tertuduh memukul pengadu dengan tangan, menghempas pintu kereta sehingga betisnya tersepit dan merentap tangannya sebelum menolak badan dia hingga jatuh. Kejadian berpunca selepas tertuduh berang jandanya mahukan daun ketupat yang dibeli. Difahamkan, daun ketupat berkenaan bagaimanapun dibawa pulang ke rumah isteri baharunya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mendatangkan cedera kepada bekas isteri, Majila Yusop, 48, di sebuah rumah di Taman Kesidang Seksyen 2, Kampung Lapan, jam 10 malam, 30 Ogos lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 jika sabit kesalahan. Sahbri yang diwakili peguam Faiezad Razali merayu agar dikenakan hukuman ringan atas alasan pendapatannya hanya RM1,000 selain menanggung tiga anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri serta seorang anak dengan isteri baharu. Selepas mendengar rayuan dan hujah kedua-dua pihak, Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau dipenjara sebulan jika gagal membayar denda. - CARI
|
15
Bagus |
17
Marah |
15
Terkejut |
20
Sedih |
13
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT