Golongan gay atau biasanya dipanggil geng kunyit memang dah berleluasa, semakin berani di Malaysia. Lepas habis satu isu, satu lagi muncul dan baru-baru ini netizen kecoh lagi bila gambar-gambar dua jejaka bergaya memperagakan fesyen rekaan pereka tempatan dikecam kerana didakwa mempromosikan hubungan songsang tersebut.
Pemilihan dua model lelaki bersama seorang bayi menjadi persoalan kerana dilihat sebagai satu konsep yang langsung tidak sesuai.
Apatah lagi, kedua-duanya bergambar dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai seluar pendek. Rupa-rupanya salah seorang model tersebut dikenali sebagai Faez, lelaki yang dikatakan pernah menjadi teman lelaki Nusajat. Walau bagaimanapun, menurut sumber Hangat.com, pereka fesyen yang mencetuskan idea tersebut iaitu Eddy Mohaizz sudah awal-awal lagi menjangkakan reaksi dan kecaman yang akan diterima. Jelasnya, ia langsung tidak berkaitan dengan hubungan songsang, sebaliknya menengahkan konsep "I Love My Daddy." Walaupun mencetuskan kemarahan ramai pihak, tapi nampaknya ia menjadi satu strategi pemasaran yang berkesan. Lagi ramai orang mengutuk, lagi terkenal jadinya sesuatu jenama itu. Apa pula kata anda? -CARI |
ashcroft86 replied at 31-10-2017 12:40 PM
Calling @kentel untuk memberi sepatah dua kata.
AbukRokok replied at 31-10-2017 01:08 PM
dah besar nti jadi 2nd generasi kunyitx2
ADVERTISEMENT