CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Asyik Cuci Mata Di Luar Je, Kenal Tak 7 Pulau Indie Di Semenanjung Malaysia Ini?

2-11-2017 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10534| Komen: 30|Original author: Oleh: Maly Rosli

Asyik cuci mata ke luar negara sahaja, kali ini apa kata buka mata untuk pulau-pulau di Semenanjung Malaysia pula. Menurut Kaki Sini, terdapat tujuh pulau yang kurang popular dan jarang dikunjungi (indie) tetapi mempunyai pemandangan cantik dan menarik.


Jom tengok sama ada anda pernah dengar dan tahu kewujudan tujuh pulau ini atau tidak!


1. Pulau Rawa, Besut - Terengganu

Foto: http://shahrilshalji.blogspot.my

Memang tak dinafikan, terdapat ratusan pulau menarik di Terengganu yang kaya dengan keindahan hidupan laut. Antaranya adalah Pulau Rawa. Aik, Pulau Rawa bukan di Mersing, Johor ke? 


Ha, jangan terkejut bila tahu Terengganu pun ada Pulau Rawa tau. Pulau ini berdekatan Pulau Perhentian dan tak ramai menyedari kewujudannya. Peminat aktiviti snorkeling harus berkunjung ke sini kerana airnya sangat jernih sehingga boleh nampak ikan-ikan berkeliaran di gigi air.


2. Pulau Bunting, Yan - Kedah

Foto: Flickr nurads 

Pasti tak ramai menyangka terdapat sebuah pulau indah di negeri Jelapang Padi ini. Daerah Yan sangat terkenal dengan ikan tenggiri, malah Pulau Bunting ini menjadi lubuk bagi kaki pancing.

Dihubungkan dengan tanah besar oleh sebuah jambatan, pulau ini juga berjiran dengan beberapa pulau menarik lain seperti Pulau Bidan, Pulau Telur dan Pulau Songsong.


3. Pulau Songsong, Yan - Kedah

Foto: MNYMalaysiaHomestay.com

Berjiran dengan Pulau Bunting, Pulau Songsong ini tidak berpenghuni dan merupakan tempat pendaratan penyu bertelur. Pulau ini memang kena dengan dunia penyelam skuba. Bermacam spesies ikan boleh ditemui di sini.


4. Pulau Gemia, Marang - Terengganu

Foto: Kaki Review

Selain dikenali sebagai Coral Island atau Gem Island, Pulau Gemia memiliki panorama matahari terbit yang sangat indah dan romantik.

Kedudukannya yang berhampiran Pulau Kapas sering menggamit pelancong berkunjung ke sini untuk aktiviti snorkeling, menyelam dan menikmati pemandangan pantai yang menawan.


5. Pulau Tinggi, Mersing - Johor

Foto: http://tadmarineresort.com

Rimas dengan kehidupan kota yang sibuk? Pulau terpencil ini akan membuat percutian anda tenang dan lebih menyeronokkan dengan aktiviti seperti memancing, berkayak, berenang dan menyelam skuba. 

Lebih menarik, lawatan ke pulau-pulau berhampiran atau membuat pengunjung boleh meredah hutan untuk menjejaki laguna dengan air terjun yang jarang diusik hanya 30 hingga 45 minit perjalanan.


6. Pulau Susu Dara, Besut - Terengganu

Foto: http://www.timothytye.com

Foto: www.asiaexplorers.com

Terletak berhampiran Pulau Perhentian, Pulau Susu Dara ini menarik pelancong untuk menikmati keindahan dunia bawah laut menerusi aktviti snorkeling kerana airnya yang jernih membolehkan kita melihat ikan di dasar laut dengan jelas.

Selain itu, pasir halus di pulau ini sangat halus dan cantik sekali. Memang seronok nak berbaring di bawah sinaran matahari!


7. Pulau Tenggol, Kuala Dungun - Terengganu

Foto: AMI Travel & Tours

Pulau Tenggol adalah syurga bagi penyelam dengan 20 tempat menyelam menarik dan cantik untuk dinikmati. Dulu, pulau ini tidak berpenghuni, namun kini beberapa hotel dan resort disediakan bagi keselesaan pelancong.


Bagaimana? Pernah dengar kesemua tujuh pulau indie yang disebutkan di atas? - CARI
16

Bagus
16

Marah
15

Terkejut
6

Sedih
18

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 2-11-2017 03:34 PM
Dalam malaysia ni semuanya cantik. Kau g negara luar pun sbb nak tgk negara dorg mcm mana. tapi satu je yg aku sedih. toilet xde..
Quote barfi 2-11-2017 03:36 PM
Nasib baik januari tempoh hari dah puas pulun pulau. Snorkelling bagai. Sekarang dah takleh dah nak pergi pulau sebab dah ada baby kecil
Quote manehnya 2-11-2017 03:53 PM
barfi replied at 2-11-2017 03:36 PM
Nasib baik januari tempoh hari dah puas pulun pulau. Snorkelling bagai. Sekarang dah takleh dah nak  ...

baby kecik x da masalah  la sis
gilir2 ngan somi la, bb pun leh enjoy snork
Quote SecretLuv 2-11-2017 04:13 PM
Andyscenes: Dalam malaysia ni semuanya cantik. Kau g negara luar pun sbb nak tgk negara dorg mcm mana. tapi satu je yg aku sedih. toilet xde..


Habis tu macam mana nak kencing, berak?
Quote cik-jaja 2-11-2017 05:27 PM
lamanya xkena air laut...
Quote Andyscenes 2-11-2017 06:18 PM
SecretLuv replied at 2-11-2017 04:13 PM
Habis tu macam mana nak kencing, berak?

Kau bygkn aku kena tahan berak, kecing tu kau lepas je dalam air, tapi x selesa la. Malaysia ni kena buat toilet walauoun kecik. Perut keras tahan berak Cipet tol
Quote SecretLuv 2-11-2017 06:50 PM
Andyscenes replied at 2-11-2017 06:18 PM
Kau bygkn aku kena tahan berak, kecing tu kau lepas je dalam air, tapi x selesa la. Malaysia ni ke ...

Perghh... Aku tak boleh la kalau macam ni. Tak sanggup nak tahan kencing dan berak.
Quote Andyscenes 2-11-2017 07:12 PM
SecretLuv replied at 2-11-2017 06:50 PM
Perghh... Aku tak boleh la kalau macam ni. Tak sanggup nak tahan kencing dan berak.

Tulah. Xkn nak bwk beg plastic llak kn. Berak pastu baling haha
Quote nisako 2-11-2017 08:12 PM
cantik nye.......
Quote pearl.silver 2-11-2017 08:25 PM
Serius ke pulau songsong tu cantik gitu?
Yg iols ingat masa dok sana, pulau bunting tu tempat kaki pancing je
Quote Artemesiaa 3-11-2017 11:23 AM
Dah jelajah kesemuanya sebab tu layan yang kat overc lak
Quote zafira 3-11-2017 02:45 PM
akak pernah camping kat pulau sapi tahun 89.  4 malam camping sana masa semester break... best giler... macam pulau tu kita yang punya.... memang cantik masa dulu... air pun jernih.. jelly fish pun xde... kedai pun tak wujud lagi kat pulau tu...  yang ada renjer pulau saja...  nasib baik masa tu jamban dah ada...
Quote Nurz1234 3-11-2017 04:11 PM
Cantik sangat.
Quote saviour_09 3-11-2017 04:23 PM
tioman di hatiku
Quote manehnya 3-11-2017 04:42 PM
Andyscenes replied at 2-11-2017 06:18 PM
Kau bygkn aku kena tahan berak, kecing tu kau lepas je dalam air, tapi x selesa la. Malaysia ni ke ...

pernah pergi sibuan x da toilets...
ke belukar je lah kita, bw botol air mineral
Quote Andyscenes 3-11-2017 05:23 PM
manehnya replied at 3-11-2017 04:42 PM
pernah pergi sibuan x da toilets...
ke belukar je lah kita, bw botol air mineral

knn.. susah kalau xde toilet ni. Cadangan setiap tempat mesti toilet.
Quote Andyscenes 3-11-2017 05:23 PM
saviour_09 replied at 3-11-2017 04:23 PM
tioman di hatiku

Aku kena kacau kat pulau genting kau tau
Quote Peterpan17 3-11-2017 10:57 PM
zafira replied at 3-11-2017 02:45 PM
akak pernah camping kat pulau sapi tahun 89.  4 malam camping sana masa semester break... best giler ...

wah!! kira pangkat akak dah ni. 89 tu aku msh sekolah menengah lg.
Quote Catpaw 4-11-2017 12:00 AM
Kena bawak penyodok korek tanah

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.068264 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top