CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Tiada Penjaga, Ibu Bunuh Anak OKU

2-11-2017 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7528| Komen: 84

Seorang ibu berusia 83 tahun dikenakan hukuman tergantung selama tiga tahun atas tuduhan membunuh anak lelakinya yang juga orang kurang upaya (OKU).

Huang membunuh anaknya Li yang berusia 46 tahun itu dengan memberikannya makan kira-kira 60 biji ubat tidur sebelum mencekiknya menggunakan skaf sutera, sambil menekap hidungnya menggunakan pad kapas.

Beijing Youth Daily melaporkan, wanita terbabit mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat anaknya kerana bimbang tiada siapa akan menjaga Li selepas dia meninggal dunia nanti.

Foto: Daily Mail
“Saya semakin tua dan lemah, mungkin akan meninggal dunia sebelumnya. Idea untuk membunuhnya terlintas kira-kira seminggu sebelum (pembunuhan) dan ia bukan keputusan yang mudah dicapai." 


Selepas membunuh, Huang terus serah diri kepada polis.

Mahkamah di Guangzhou, ibu negeri wilayah Guangdong mendapati Huang bersalah atas pembunuhan namun memberikan pertimbangan berdasarkan keadaan yang dihadapinya.

Foto: Daily Mail
Menurut sumber lagi, Huang turut menulis sekeping nota bahawa semua itu adalah perbuatannya dan sama sekali tidak berkaitan dengan orang lain.

Semasa ditanya pendakwa raya di mahkamah mengapa dia tidak menyerahkan Li untuk dijaga oleh abangnya, Huang mengatakan dia tidak mahu menyusahkan abangnya. -CARI

4

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
9

Sedih
4

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jahcomel 2-11-2017 10:21 AM
aku x kata ibu nih jahat...sbb dia dh uzur dia takut dia mati dulu n x dpt nk jaga anak dia y oku tuh,takut beban kn org lain nnti...dia dh jaga anak dia slma 46 thn...
Quote jahcomel 2-11-2017 10:22 AM
kisah detail dia ade kat blog penmerah...jgn kecam ibu ini...
Quote kentel 2-11-2017 10:22 AM
adik beradik & ibu jaga tak sama...mungkin dia tau, bila abang nya takkan sama dgn layanan ibu sndri...
Quote lonely_surina 2-11-2017 10:23 AM
keputusan yang sukar dibuat..
mak mana x sygkan anak..
Quote Madel 2-11-2017 10:31 AM
Kenapa tak mati sama2 je..kan lebih senang..apa jenis hukuman tergantung selama 3 tahun.?..dibiar nenek ni tergantung kaki tangan selama 3 tahun ke apa..?..nenek tu dah umur 83dah kot..biar je la dia mati mereput sorg2 dlm penjara.
Quote PyoNaRi 2-11-2017 10:31 AM
sapa la sanggup nak bunuh anak sendiri.tapi sapa jugak sanggup nak tinggalkan anak yg tak sihat tu sorang2 takda sapa jaga
Quote jojie 2-11-2017 10:34 AM
sedihnya...
Quote fox. 2-11-2017 10:34 AM
kalau jahat baik dari kecil lagi dah dibunuhnya anak oku tu kan.bukan nak sokong tindakan dia. tapi pembunuhan begini harus diberi pertimbangan
Quote SweetShera 2-11-2017 10:38 AM
patut nenek ni telan pil tido tu sekali baru mati sama2

Quote vanillaninja 2-11-2017 10:45 AM
Saya tidak pernah berputus asa dengan dia. Dia anak saya


Sedihnya
Quote sarahmirza 2-11-2017 10:52 AM
Madel replied at 2-11-2017 10:31 AM
Kenapa tak mati sama2 je..kan lebih senang..apa jenis hukuman tergantung selama 3 tahun.?..dibiar ne ...

Nenek ni tau mati bunuh diri tak boleh masuk syurga..
Quote sofiazara 2-11-2017 10:53 AM
apakah hukuman tergantung selama 3 tahun
Quote raradhia 2-11-2017 11:04 AM
yaa allah kesiannya, sebak baca

kesian sgt, huhuhu. .tu laa kebykan org yg ada ank oku tu, apa yg dorg paling risawkan kalau dorg dah "tiada" di dunia. .siapa yg akan ambik alih tugas jaga anak dorg. .

teringat kes nenek yg ada anak oku haritu, dah meninggal dah nenek dan anaknya tu. .alfatihah
Quote mawar_pink 2-11-2017 11:05 AM
kesian..syg smpi snggup membunuh..
Quote minguk 2-11-2017 11:06 AM
sedih nya..
Quote tudunglitup 2-11-2017 11:08 AM
harus dikenakan hukuman. jangan nanti kes ini jadi precednt untuk orang tua yang punya anak OKU bunuh anak2 mereka dengan alasan tidak masuk akal sebegini.

Quote nobito 2-11-2017 11:09 AM
Fahaman Komunis.....
Quote kucen_miang 2-11-2017 11:10 AM
Beijing: Seorang wanita berusia 83 tahun dari selatan China dikenakan hukuman tergantung selama tiga tahun atas tuduhan membunuh anaknya


kesian nenek tu tergantung 3 tahun.
Quote aku_best 2-11-2017 11:11 AM
Sebaknya bca artikel ni.....

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.046383 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top