Anugerah Skrin 2017 yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan ramai artis melaram dan antara yang menjadi perhatian mestilah Uqasha Senrose.
Penampilannya pada malam itu menjadi bual netizen yang rata-ratanya perasan dengan kenaikan berat badannya. Nampak berisi kerana berat badannya bertambah 13 kg. Walaupun dikritik netizen, Uqasha tak kisah! "Katalah nak kata apa pun gemuk ke buruk ke as long as I'm happy! Gemuk is awesome," tulisnya di Instagram.
Kenaikan berat badannya itu merupakan bukti yang dia kini sedang bahagia bersama kekasih hatinya, Hefny Saad dan akan bertunang tidak lama lagi. "Saya tidak pernah mengaku secara terbuka mengenai hubungan saya dengan mana-mana lelaki sebelum ini. "Buat pertama kalinya ini saya mengaku sedang bercinta dan bahagia dengan Hefny. Apa yang boleh saya kata, kami serius dalam perhubungan ini," katanya kepada mStar Online. Tarikh sebenar pertunangan Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen ini akan dimaklumkan kelak. Sementara itu, Hefny memberitahu, "Boleh dikatakan dia seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya. Malah, Uqasha juga seorang gadis yang menyenangkan. Insya-Allah, doakan yang terbaik buat kami." Semoga berbahagia kami ucapkan untuk pasangan merpati dua sejoli ini. -CARI
|
9
Bagus |
6
Marah |
4
Terkejut |
7
Sedih |
21
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT