Air di Sungai Muda di utara Seberang Perai telah melimpah ke tebing berikutan paras air meningkat kepada 5.2 meter (m) iaitu lebih satu meter dari paras maksimum biasa, 3.96m.
Memetik The Star, limpahan itu menyebabkan air bah tidak surut walaupun cuaca sudah semakin baik. Ekoran limpahan itu, amaran merah kini dikeluarkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh. Sementara itu, Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP pada Isnin membentangkan usul tergempar di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berhubung bencana yang melanda negeri berkenaan, lapor Bernama.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menggesa pihak berwajib dan pihak berkuasa tempatan untuk meneliti dan menambah baik Prosedur Operasi Standard dalam menyampaikan maklumat, menggerakkan kerja menyelamat dan penyaluran bantuan agar lebih berkesan dan cekap. Datuk Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) pula berharap agensi yang berkaitan di peringkat negeri dan persekutuan memberi komitmen tinggi dalam membantu masyarakat terjejas banjir. Manakala, Yap Soo Huey (DAP-Pulau Tikus) mencadangkan papan elektronik dipasang bagi menyampaikan maklumat mengenai banjir dan ribut kepada rakyat dengan lebih pantas dan efisien sementara Soon Lip Chee (DAP-Jawi) meminta Jabatan Meteorologi Malaysia bertindak lebih pantas dalam menyalurkan maklumat. - CARI |
17
Bagus |
8
Marah |
12
Terkejut |
17
Sedih |
19
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mizkajura replied at 6-11-2017 04:00 PM
Kesiannya. Tak de ke menteri2 yg letak jawatan? Sbb tak dpt benteras banjir dgn cepat????
mizkajura replied at 6-11-2017 06:11 PM
Mattiey la tak resign
AbukRokok replied at 6-11-2017 06:47 PM
klu tgk kat https://www.windy.com/?11.415,113.335,5
aku rasa mcm monsun timur laut dah sampai
ainashiqa replied at 6-11-2017 04:04 PM
kesiannya depa...
Nokiaman replied at 6-11-2017 08:53 PM
Macam aliran sang sperma masuk kedalam lobang Vagina...
ADVERTISEMENT