Penemuan kepala buaya di tepi jalan di Kampung Pampang, Batu 10, Sandakan, beberapa hari lalu menggemparkan penduduk kampung. Menurut laporan Harian Metro kelmarin, kepala buaya yang tidak diketahui tarikh sebenar ia ditinggalkan itu sudah mula mereput dan dipenuhi lalat.
Selain itu, mereka turut menemui cebisan daging dipercayai daripada bahagian perut haiwan berkenaan. Bagaimanapun, Harian Metro semalam melaporkan haiwan pemangsa itu dipercayai dibunuh menggunakan senjata api. Hasil pemeriksaan menemui luka pada kepala buaya berkenaan, kata Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah cawangan Sandakan Hussien Muin.
"Pemeriksaan lanjut ke atas bangkai kepala buaya itu mendapati ada kesan luka disyaki menggunakan senjata api. "Susulan itu, kita membuat laporan polis pada 5.06 petang semalam," katanya. Tambahnya, kes disiasat mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997. "Berdasarkan pemeriksaan juga didapati buaya itu dianggarkan sepanjang 4.6 meter," katanya. - CARI |
7
Bagus |
7
Marah |
4
Terkejut |
5
Sedih |
14
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bulalof replied at 6-11-2017 01:53 PM
tajuk tak menahan!
Kami terkejut melihat kepala buaya itu. Tiada sesiapa yang tahu apa yang terjadi kerana tempat ini sangat terpencil dan hanya pemancing saja yang akan melalui jalan ini.
“Kepala buaya itu sangat besar seperti tayar kereta kancil,” katanya ketika ditemui di Kampung Pampang, petang tadi.
insulin replied at 6-11-2017 02:02 PM
Kepala abah buaya.....
batmana replied at 6-11-2017 05:19 PM
ada org lapar daging, wat masak lauk agaknye
grouper replied at 6-11-2017 05:02 PM
Perebutan kwsn geng buaya yg dimenangi geng buaya kunyit...geng buaya tmbaga yg kalah kena penggal p ...
MH3707 replied at 6-11-2017 04:19 PM
tak baik main bapak2...
skip 2:52
ADVERTISEMENT