Kisah gadis yang satu ini sememangnya sangat memberi inspirasi. Dari berat 300 kg kepada yang terkini 119 kg. Wow! Nama Amber Rachdi mungkin ramai yang tak mengenalinya. Namun selepas mengetahui transformasi gadis ini pasti ramai akan terpegun dengan apa yang dilaluinya.
Baru sahaja berusia 24 tahun namun berat badan yang pernah mencecah 300 kg membuatkan dia kelihatan sangat tidak sihat. Malah mendapat simpati orang ramai bila terlibat dalam program realiti, My600lb Life pada 2014.
Dikatakan Amber mengalami masalah ketagihan makanan yang sangat serius sehingga tak mampu berhenti mengunyah. Bayangkan sudah mengalami masalah tersebut dari usia lima tahun, berat badannya sudah mencecah 72 kg ketika itu. Akhirnya selepas beratnya tidak terkawal, gadis ini mengalami komplikasi seperti sukar berjalan dan bergerak. Jika pun berdiri hanya mampu untuk beberapa minit. Namun, sejak kisahnya dipaparkan menerusi program itu, kehidupannya sudah berubah 100 peratus! Amber telah menjalami pembedahan pada bahagian perutnya dinamakan gastric bypass surgery dan dipantau pemakanannya. Terapi yang dilaluinya bukan dalam masa singkat sebaliknya selama 3 tahun ini dia dipantau oleh Dr Younan Nowzaradan. Hasilnya sangat mengagumkan! Tiada lagi gadis gemuk yang 'tersadai' kerana sukar berjalan, hadir pula gadis cantik yang bersemangat dan juga sihat! Moga ia jadi inspirasi buat semua yang setiap apa berlaku itu pasti ada solusinya... - CARI |
13
Bagus |
6
Marah |
15
Terkejut |
2
Sedih |
12
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
husie91 replied at 7-11-2017 12:30 PM
walaupon badan nauzubillah tp muka sheols shaping ekk lg bila dh 100 lebih terus ada jawlinee spesis ...
ADVERTISEMENT