Kementerian Kerja Raya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan tidak akan menaikkan had laju kebangsaan yang diwartakan iaitu 80 kilometer sejam (km/j) di jalan negeri, 90 km/j di jalan persekutuan dan 110 km/j di lebuh raya.
Kementerian itu berkata sedemikian bagi menjawab pertanyaan Dr Ismail Daut (BN-Merbok) berhubung status perbincangan kementerian dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) berkaitan cadangan menaikkan had laju lebuh raya di negara ini kepada 130km/j, lapor Bernama. Memetik Bernama, keputusan itu berikutan statistik kemalangan jalan raya masih tinggi dan mengambil kira implikasi kos untuk menaik taraf geometrik jalan raya yang terlibat.
“Penentuan had laju sesuatu jalan itu diwartakan, mengambil kira reka bentuk, kapasiti aliran trafik dan tahap risiko kemalangan. “Walaupun terdapat lebuh raya di negara ini yang direka bentuk untuk kelajuan melebihi 110 km/j, namun kadar had laju yang diwartakan oleh kerajaan masih kekal pada tahap maksimum 110 km/j,” katanya. Jelasnya, tiada sebarang perbincangan diadakan dengan JKJR berhubung perkara itu memandangkan penetapan had laju kenderaan di jalan raya dan lebuh raya di negara ini adalah untuk menjaga keselamatan pengguna. - CARI
|
4
Bagus |
2
Marah |
8
Terkejut |
4
Sedih |
2
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
husie91 replied at 7-11-2017 03:20 PM
nak tau sgt lebuhraya mana yg boleh lebih had laju tu
cmf_conan replied at 7-11-2017 04:00 PM
federal hway tu tolong laaa up ke 90kmj..
Jorja replied at 7-11-2017 04:23 PM
Ni I nak remindkan pemandu babiy yg ada dalam forum ni..speed limit depan sekolah 30kmh o.k. babiy.. ...
cmf_conan replied at 7-11-2017 08:00 AM
federal hway tu tolong laaa up ke 90kmj..
MH3707 replied at 7-11-2017 04:44 PM
selama ni berapa?
baghal_bortuqal replied at 7-11-2017 03:52 PM
lebuhraya kita mmg di design utk kelajuan lebih tinggi.
siapa yg boleh sahkan, mungking Lembaga ...
ADVERTISEMENT