CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Datuk Hans Issac Kembali Single!

8-11-2017 11:03 AM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 18744| Komen: 106

Krisis hubungan antara  pelakon lelaki popular  Datuk Hans Isaac dengan tunangnya menarik perhatian saya untuk menghiasi E-XPOSE pada minggu ini.   
 

Datuk Hans Isaac dan Gabriella Robinson merupakan model dan bekas ratu cantik Malaysia Toursm 2011, adalah pasangan sepadan. Mereka mengikat tali pertunangan pada 29 Februari yang lalu. Pelakon, pengarah, penerbit dan pengacara itu telah mengadakan sidang media untuk  mengumumkan pembatalan perancangan perkahwinan mereka. Kenapa pula? Nak tahu teruskan membaca…

Hans, 46, memberitahu terpaksa membuat keputusan nekad setelah berfikir panjang demi kebaikan bersama. "Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat setelah berfikir panjang susulan daripada pertunangan tersebut.  Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang pada 29 Januari yang lalu  terpaksa dibatalkan”, jelas pelakon kacak itu. Noktah! 


Tidak ada eviden yang dikemukakan sebagai penyebab keputusan drastik itu dibuat. Berita itu menggemparkan dan menjadi viral, ramai yang memperkatakan tentang perpisahan itu. Begitulah, berakhirnya  sebuah sinopsis skrip percintaan tanpa sutradara! 

Jika ada antara anda yang  beranggapan selebriti yang berwajah yang kacak, kaya, popular dan bujang pasti mudah menundukkan sebuah cinta! Oh tidak, tanggapan  itu adalah salah! Cinta sejati itu tidak hadir berdasarkan pada kualiti luaran semata-mata, ia adalah soal hati dan perasaan. 

Sebelum itu, pada bulan Ogos yang lalu berita sensasi bertiup kencang bahawa pertunangan mereka hampir terputus, namun Hans  menolak perkhabaran pertunangannya dengan Gabrielle sudah berakhir . Spekulasi terbit selepas kedua-dua mereka menghapuskan gambar-gambar bersama di Instagram. Apa maksudnya? 


Datuk Hans Isaac, saya orang pertama yang memberi peluang Hans Isaac menjadi cover majalah. Pastinya Majalah Remaja! Berganding dengan bekas Ratu Universe Malaysia (gadis Melayu, lupa la pulak namanya). Hans tak pernah lupa jasa dan mengundang saya untuk rakaman  temubual esklusif tentang pembabitannya dalam industri hiburan dan penerbitan untuk company profile.  

Pemuda kacukan ini merupakan pengarah urusan dan pengarah kreatif Tall Order Production Sdn Bhd, syarikat produksi filem dan program televisyen. 

Personaliti Hans sebagai hero filem memang tepat. Bertubuh tegap dan tinggi, wajah fotogenik dan bahasa Melayunya lancar. Ini adalah ganjarannya, memenangi Anugerah artis bukan Melayu popular dalam Anugerah Bintang Popular 2002 dan 2003 pernah  menjadi miliknya. 


Namun pembabitannya seawal 1993 hingga 2017, ada 26 buah filem dibintangi tapi filem kegemaran saya,  Persona Nan Grata, sementara  filem yang lain okey cuma wataknya  tidak menyerlah.

Selebriti ini gemar bermain bola sepak, menyelam dan golf ini tidak terlepas dari gossip sensasi. Hans Isaac pernah dikatakan  menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa orang selebriti kelas A. Rasanya bukan rahsia lagi, semua orang media tahu, Hans  pernah rapat dengan Erra Fazirah dan Neelofa. Namun cinta itu tidak kesampaian. Namun baginya kisah cinta dengan Erra Fazira sangat istimewa. 

Sehari sebelum, bekas kekasihnya primadona filem Melayu itu  hendak bernikah, saya dan Hans berjumpa dalam satu majlis anjuran syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur. Kami duduk jauh dari tetamu yang hadir. Dia mencurahkan rahsia hatinya. Saya merenung ke wajah kacak itu, airmatanya  mula bertakung dan kelihatan sedih sekali. Hingga sekarang setiap kali melihat wajah Hans saya akan teringat peristiwa itu. 


Saya mohon maaf tidak boleh tulis apa cerita sebenar menjadi penyebab dia berpisah dengan selebriti itu demi menjaga  aib semua pihak! 
Akhir sekali, Hans  memohon maaf kepada semua rakan dan ahli keluarganya yang sering menyokong dan mendoakan yang terbaik buatnya. "Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sudi memahami dan menyokong saya selama ini,”katanya lagi.

Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi ini. Kita sebagai orang luar, jangan asyik nak buat andaian yang bukan bukan sahaja. Mana tahu barangkali ada masalah lain sebenarnya kan. Memandangkan mereka mempunyai kerjaya sendiri, mungkin faktor kesibukan itu sendiri yang menjadi penghalang. Sama-sama kita doakan yang baik-baik buat Datuk Hans Isaac. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.
23

Bagus
19

Marah
26

Terkejut
22

Sedih
25

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gumpita 8-11-2017 11:09 AM
You are meant to be..

Quote haliamerah 8-11-2017 11:12 AM
get back dgn erra please....shahir please go away from erra...
Quote ironpatriot31 8-11-2017 11:13 AM
mohon tok hans u turn balik kat hajjah #truelove
Quote mdhelmi 8-11-2017 11:32 AM
memilih sgt ni
atau mmg suke geli2 je
Quote bukan_ustazah 8-11-2017 11:35 AM
Dia kalau kawin dengan erra .. baka mesti lawa and tinggi
Quote chinta89 8-11-2017 11:43 AM
Saya mohon maaf tidak boleh tulis apa cerita sebenar menjadi penyebab dia berpisah dengan selebriti itu demi menjaga  aib semua pihak!

kalau RR nk jaga aib Erra Fazira sgt, so x pyh la sibui2 taip perkataan AIB tu okeh!!!!! ni dh dikira buka aib lah; dh nmpk sisi EF tu ade buat aib sehinggakan deols berpisah cuma tak dinyatakan je lagi ape keaibannya.
Quote AshkieLa 8-11-2017 11:43 AM
bukan_ustazah replied at 8-11-2017 11:35 AM
Dia kalau kawin dengan erra .. baka mesti lawa and tinggi

kalau ngan hajah lofa?
Quote apikwaeh 8-11-2017 11:44 AM
kenapa iols rasa penulis ini memberi hint yang agak nyata.

kenapa disingkap tentang kisah Hans dan Erra.
yang nampak disini penulis nak gitau Erra yang Hans sayang giler kot kat Erra. mungkin masih lagi. Dengan Lopa dulu try2 market jah.. terlalu keanakkan mungkin

sementara erra ni pun dalam kemelut jantan pemalas penghutang jadi nak buka mata Erra Tok Hans sedia dgn tangan terbuka.. boleh gitu??
Quote apikwaeh 8-11-2017 11:48 AM

tetap tinggi. sebab baka tinggi ni dari belah bapak
cuma kalau mak tinggi mmg akan tinggi melampailah.. paling kurang 185 keatas. stock2 model lah
For sure!

Quote nightwinkle 8-11-2017 11:51 AM
Tok Hans nie kapel semua nyer pompuan Islam...

Mana tau satu hari jodoh dia dgn org Islam and terbuka hati masuk Islam...
Quote cascutes 8-11-2017 11:51 AM

klu ngan hajah pasti kiut2.... comel lote

Quote kodoksilver 8-11-2017 11:59 AM
tok hans kena down to earth la. ni nak yg lawa, model. jadi buruk je la nanti pisang tu
Quote ira_229 8-11-2017 12:00 PM
ironpatriot31 replied at 8-11-2017 11:13 AM
mohon tok hans u turn balik kat hajjah #truelove

plsss....plsss... sokong sesuai sangat...
Quote fara7351 8-11-2017 12:06 PM
tokhans sila rampas erra dari syahir..
Quote cikmanggabatu 8-11-2017 12:07 PM
apikwaeh replied at 8-11-2017 11:44 AM
kenapa iols rasa penulis ini memberi hint yang agak nyata.

kenapa disingkap tentang kisah Hans da ...

Wow hebat chuol boleh baca pikiran ahtok Richie blonde... Tabik hormat
Quote cikmanggabatu 8-11-2017 12:10 PM
apikwaeh replied at 8-11-2017 11:48 AM
tetap tinggi. sebab baka tinggi ni dari belah bapak
cuma kalau mak tinggi mmg akan tinggi melampa ...

Biasa anak tinggi ikut mak la...sbb gen perempuan lebih dominan...jiran i anak2 semua tinggi sbb ikut mak padahal ayah kategori katik
Quote CardiGans85 8-11-2017 12:28 PM
Ex fiance ni umur berapa?35 ke
Quote mieymiey 8-11-2017 12:35 PM
Saya merenung ke wajah kacak itu


Gittewwwww
Quote shalalat 8-11-2017 12:38 PM
takpe tok hans, lupa kan yg keruh. erra single lagi!

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.059351 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top