Lenovo Mobile Malaysia telah mengumumkan telefon pintar keluaran terbaharunya untuk pasaran tempatan iaitu Moto G5S Plus.
Peranti ini memiliki skrin paparan FHD berukuran 5.5-inci, pemproses kelas pertengahan Qualcomm Snapdragon 625, 4GB RAM,64GB ROM, bateri berkapasiti 3,000mAh dan sistem operasi Andorid 7.1 Nougat. Pastinya lebih hebat dari keluaran lain yang sebelumnya. Moto G5S Plus juga memiliki kamera utama 13MP + 13MP yang disertakan dengan flash LED dan kamera selfie 8MP yang turut memiliki flash LED. Selain itu, spesifikasi lain yang dimiliki Moto G5s Plus adalah slot micro SD, sensor cap jari, slot Nano SIM dan pembesar suara yang lantang. Peranti ini mula ditawarkan di Malaysia dalam dua warna iaitu kelabu dan emas dengan harga penjualan RM 999. Bukan hanya Moto G5S Plus, satu lagi telefon pintar baru iaitu Moto X4 turut dilancarkan. Peranti ini menawarkan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip Snapdragon 630, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB yang boleh ditambah menggunakan kad mikro-SD. Kamera belakangnya dilengkapi 12-megapixel Dual Autofocus Pixel Sensor, dengan gabungan 8-megapixel untuk rakaman sudut luas. Kamera hadapannya pula dilengkapi 16-megapixel dengan sokongan pencahayaan LED. Motorola turut menyertakan lensa sensor khusus 4-megapixel untuk tujuan rakaman selfie pada keadaan cahaya malap. Moto X4 juga hadir dengan sokongan kalis air IP68. Motorola melengkapkan ia dengan Android 7.1 Nougat, dan ia dijangka akan menerima kemaskini Android Oreo. Di Malaysia, telefon pintar ini ditawarkan pada harga RM1899. Mana satu pilihan anda? -CARI
|
21
Bagus |
15
Marah |
11
Terkejut |
20
Sedih |
21
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT