CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6 Tahun Dikurung, Jadi Hamba Seks Dan Didera Depan Anak-anak

9-11-2017 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8500| Komen: 46

Seorang lelaki didakwa mengurung seorang wanita dan menjadikannya hamba seks selama enam tahun sehingga melahirkan empat anaknya di sebuah apartmen di Pushkino, Moscow.

Memetik Mirror, Rinat Bilyanov juga sering memukul mangsa di hadapan empat anak mereka.



Mangsa berusia lingkungan 20-an itu mendakwa Bilyanov tidak pernah membenarkannya keluar dari rumah mereka yang kecil dan sempit tersebut.

Lebih menyedihkan, Bilyanov menyuruh anak lelakinya untuk memukul mangsa apabila dia dewasa kelak.



"Dia berkata kepada anak kami 'Bila besar nanti, kau mesti pukul dia macam ni. Tumbuk, sepak terajang dia sebab dia perempuan jahat'.

"Dia cakap macam tu mengenai saya di hadapan anak-anak kami," kata mangsa.

Pasangan itu bertemu menerusi sebuah laman web mencari jodoh untuk orang Muslim Tatar dan mereka tidak bernikah secara rasmi, tetapi mereka melangsungkan perkahwinan mengikut agama.

Awal minggu ini, mangsa berjaya 'curi-curi' menghubungi polis yang kemudiannya membebaskan dia bersama semua anaknya selepas menyerbu rumah itu, lapor laman berita Mash.



"Kami dikurung sepanjang masa. Saya langsung tak boleh ke mana-mana, walaupun sekali-sekala Bilyanov ada membawa anak-anak bersiar-siar di luar.

"Dia sepak dan pukul saya dengan tongkatnya depan anak-anak. Pernah sekali dia pukul saya sampai tongkatnya patah. 

"Enam tahun saya merana. Kami tak boleh keluar kerana kunci sentiasa pada dia.

"Dia kata akan membebaskan saya sekiranya keluarga saya memberi dia 2.5 juta Pound Sterling (RM14 juta)," katanya.


Foto: Mirror

Mangsa dan anak-anaknya kini selamat dan berada di tempat perlindungan untuk wanita.

Malangnya, anak-anaknya tidak boleh berkomunikasi dengan baik dan mengalami "masalah tumbesaran".

Suspek kini berdepan hukuman penjara tujuh tahun jika sabit kesalahan. - CARI

Bagus
2

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote barfi 9-11-2017 02:24 PM
7tahun jah???
Quote kivio 9-11-2017 02:27 PM
7 tahun?!
Gosh
Sepatutnya 70 tahun laaaaaaa
Quote Modngengade1 9-11-2017 02:31 PM
itulah keindah undang2 kapir laknat....penjara 7 tahun je kn
Quote appleGold 9-11-2017 02:35 PM
lebih setahun je berbanding penderitaan dia
Quote lonely_surina 9-11-2017 02:38 PM
apa yg difikir buat mcm neh..
rosakkan hidup semua anak4..
Quote lolita737 9-11-2017 02:39 PM
kesiannya..

biar laki dia mereput je dalam penjara.. xda rs belas kasihan langsung.
Quote chinta89 9-11-2017 02:44 PM
Suspek kini berdepan hukuman penjara tujuh tahun jika sabit kesalahan.



je???


weiiii gtu je??? serius????


penderaan mental fizikal, ni je boleh bg hukuman kat dia? dh lps 7 thn dia muncul dan buat onar lagi???????????????????????????
Quote chinta89 9-11-2017 02:44 PM
Modngengade1 replied at 9-11-2017 02:31 PM
itulah keindah undang2 kapir laknat....penjara 7 tahun je kn

mne nick asal?
Quote taji2906 9-11-2017 02:48 PM
biar betul 7 tahun je jail? sampai teruk org tu kena dera? kalau jail ntah x cukup 7 tahun boleh keluar dah.. org mcmni kena simpan dalam kubur terus je. keluar dia buat lagi. sama mcm si gila penendang wanita tu
Quote Nenasketum 9-11-2017 02:49 PM
Mana gambar ass wipe itu?
Quote fifie_olin 9-11-2017 02:53 PM
tgk pada lebam dia..pya la seksa..
tkut tgk
Quote idakamaruddin 9-11-2017 02:59 PM
taliban mmg mcmni

perangai mcm setan setan pn kadang takut tgk manusia jahat kejam mcmni

Quote batmana 9-11-2017 02:59 PM
mana peranan wali?
takut angguk, ckp sah aja ka

mau je aku pelempang wali pmpn ni

pi la check tgk anak buah ko yg ko sndiri wakilkn masa nikah tu, idup ke mati ke apa
ni dibiar smpai 6 tahun
Quote amyza 9-11-2017 02:59 PM
Kesian dia jumpa org psiko. Siap  bertongkat lagi,org tua psiko
Quote Deidra 9-11-2017 03:00 PM
Manusia kian gila
Quote mawar_pink 9-11-2017 03:03 PM
7thn je penjara?org tu kena dera 6thn...tumbesaran anak terjejas..7thn je?ape ke bangang sgt mahkamah kat sana tu..
Quote chaos_sweetly 9-11-2017 03:10 PM
7tahun???spttnya hukuman plg berat ptt dikenakan.Sebat 700 kali!Biar sampai jd cacat!
Quote chaos_sweetly 9-11-2017 03:10 PM
7tahun???spttnya hukuman plg berat ptt dikenakan.Sebat 700 kali!Biar sampai jd cacat!
Quote Artemesiaa 9-11-2017 03:10 PM
Hukumannya hanya 7 tahun, tak setimpal dengan penderitaan mental dan fizikal yang si mangsa tanggung.  Tapi apa nak kata dah undang2 negara tu dah sebegitu.  Elok si mangsa berpindah je ke tempat lain lepas2 ni.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.049368 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top