Tidak surut lagi kekecohan dengan banjir besar yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini, timbul pula kisah penemuan longgokan wang kertas dan barang kemas.
Dikatakan barang berharga itu ditemui dalam operasi pembersihan banjir di negeri itu. Menerusi laman Facebook Penang Kini, duit berkepuk dan barang kemas itu ditemui oleh pekerja Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP). "Barangan-barangan bernilai dijumpai di musim banjir semasa pekerja MBPP dan MPSP melakukan kerja pembersihan." Begitulah kapsyen yang ditulis pada laman Facebook Penang Kini berserta beberapa gambar menunjukkan duit kertas, syiling dan barang kemas yang ditemui di celahan kawasan banjir yang telah surut.
Ia sekaligus telah menarik perhatian para netizen yang rata-rata berasa terkejut dengan penemuan itu. Pun begitu, mereka mengecam individu yang menganggap penemuan itu sebagai 'rezeki terpijak' kerana bagi mereka, ia tetap harta milik mangsa banjir. Ada juga pihak yang menyelar MPSP kerana tidak bersikap profesional dan juga sewajarnya, seolah mereka ini mahu 'songlap' harta tersebut. "Jangan tambahkan lagi beban mereka yang ditimpa musibah.." "Pihak berwajib perlu cari jalan untuk pulangkan semula pada yang berhak.." Namun demikian, Presiden MPSP Datuk Rozali Mohamad menerusi Mstar Online berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung penemuan barangan bernilai itu. Beliau juga menggesa orang ramai agar menaruh kepercayaan kepada MPSP kerana pihaknya tidak akan menyembunyikan penemuan barangan berharga seperti didakwa. Apa pula pendapat anda?- CARI |
15
Bagus |
33
Marah |
15
Terkejut |
15
Sedih |
23
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT