CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siswa Terdengar Azan Dalam Hutan, Rasa Sakit Kejang Otot Berkurang...

14-11-2017 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4768| Komen: 28

Seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam yang mengalami kecederaan ketika mendaki Bukit Kutu di Kuala Buku Baru mengalami peristiwa yang luar biasa. 

Memetik laporan Harian Metro, Mohammad Anuar Mohammad Ismail Kil, 24 mengalami kekejangan otot akibat keletihan dan kesejukan sehingga membataskan pergerakannya. 

Namun, pelajar UiTM ini mendedahkan kesakitan yang dirasai mulai hilang ketika terdengar lauangan azan. 

“Hanya kesakitan yang saya rasai sepanjang berada di puncak Bukit Kutu. Ia hanya reda seketika apabila terdengar azan yang tidak tahu dari mana datangnya,” katanya kepada Harian Metro. 

Dia berkata ketika itu dia bersama tiga lagi rakannya mula mendaki pada jam 9 pagi sebelum dia mula terkena kekejangan otot empat jam kemudiannya. 

Foto Harian Metro

“Saya terlelap seketika sebelum meneruskan pendakian dan berselisih dengan beberapa pendaki tetapi peliknya tidak terserempak dengan rakan-rakan saya itu. Saya teruskan mendaki sehingga ke puncak bukit namun tidak menemui sesiapa.

“Cuaca hujan memburukkan lagi keadaannya menyebabkan saya terpaksa berlindung di celah batu.

“Pasukan penyelamat tiba jam 9.45 malam kelmarin dan terus memberikan rawatan awal,” katanya. 

Pelajar ini sedang dirawat di sebuah hospital di sana. 
1

Bagus

Marah
4

Terkejut

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 14-11-2017 12:51 PM
Mana pergi kawan2 tu?
Quote finesse 14-11-2017 12:52 PM
Kebetulan je tu dik..
Quote CiliPadiSedap 14-11-2017 01:31 PM
bunian nak sorokkan pun susah dik, badan adik semangat sangat
Quote prettyuglybabe 14-11-2017 02:09 PM
hujan hujan ni buat la persediaan walaupun nak hiking bukit secoet..
Quote brown_pupil 14-11-2017 02:13 PM
Dik.. akak bukan nak bahan ko, tapi tengok size ko dik.. mana tak kejang.. sebelum panjat ko buat stretching dak? Ker ko main tibai mcm orang fit / orang yang dah biasa masuk hutan?
Quote cikgukafa 14-11-2017 02:15 PM
subhanallah, begitu besar kekuatan azan.

Quote Daisyna 14-11-2017 02:15 PM
gigih adik nak daki smpi puncak,baik ikut je pendaki yg turun tu blk,koser tau dek
Quote SWORKS27 14-11-2017 02:18 PM
semoga adik cepat sembuh
Quote memeque12 14-11-2017 02:19 PM
alasan x leh bla
Quote taji2906 14-11-2017 02:28 PM
jap.. yg aku baca..
“Saya terlelap seketika sebelum meneruskan pendakian dan berselisih dengan beberapa pendaki tetapi peliknya tidak terserempak dengan rakan-rakan saya itu. Saya teruskan mendaki sehingga ke puncak bukit namun tidak menemui sesiapa.

selepas ko kena cramp ko meneruskan pendakian ke? macamne ko boleh terlelap seketika? kwn2 ko blah tinggalkan ko sorang2 masa ko tdo tu ke? kalau ko dah cramp kenapa teruskan lg pendakian? dah la sorang2 plak tu.. macamne ko boleh masuk uitm ni?
Quote mdhelmi 14-11-2017 02:40 PM
dia cuma nk kata dia dapat naik ke puncak pastu xlarat nk turun
tu je yg aku nampak isi kandungannya
Quote Jorja 14-11-2017 04:30 PM
Hiking ni mcm diving juga..tak boleh tinggalkn kawan n tak boleh buat sorang2
Quote kivio 14-11-2017 05:03 PM
taji2906 replied at 14-11-2017 02:28 PM
jap.. yg aku baca..
selepas ko kena cramp ko meneruskan pendakian ke? macamne ko boleh terlelap se ...

LOL
Fiction at its best kan


Bertabahlah jelah buat mangsa
Besar kemungkinan bunian tu dah give up nak angkat dia masuk kampung bunian
Kren cuti hari tu mungkin
Quote gigahertz 14-11-2017 05:07 PM
brown_pupil replied at 14-11-2017 06:13 AM
Dik.. akak bukan nak bahan ko, tapi tengok size ko dik.. mana tak kejang.. sebelum panjat ko buat st ...

Dah bertahun kerja bawah aircon. buat air kopi pun ada makcik buatkan. hujung minggu ada maid bersihkan rumah. gi kedai sejemput pun naikmoto tetiba ni hari nak masuk hutan.  mmg jahanam la badan.
Quote estrelle 14-11-2017 05:16 PM
Org nak hiking nko nak hiking xtau kemampuan diri.hujung2 menyusahkn bomba nk naik eskot nko turun.
Quote Jeasabri 14-11-2017 09:14 PM
syukur Alhamdulilah selamat. . .
Quote nuralisa 14-11-2017 09:27 PM
Aku pun x paham cite dia ..
Nak daki ngan kawan2
Pastu tertido..kawan2 mana??
Pastu selisih ngan hiker lain tp x selisih ngan kwan ..isshh aku fening
Quote chazey 14-11-2017 09:28 PM
Edited by chazey at 14-11-2017 09:29 PM
taji2906 replied at 14-11-2017 02:28 PM
jap.. yg aku baca..
selepas ko kena cramp ko meneruskan pendakian ke? macamne ko boleh terlelap se ...


Logik tu. Masa form 2, aiol pernah terlelap dalam perjalanan naik bukit hiking dek karna ngantuk sangat. Tak dapat tido malam seblomnya dek karna bercerita mistik sampai 3 pagi gitu. Jam 5.30 lak dah kena bangun. Tau la camping (pengakap). Jam 7 start hiking.

Ada seniors or kengkawan aiol nak kesah aiol berhenti halfway then tidoq? Takda. Deyols biarkan je ai dudok kat tanah then tertidur sambil duduk ala bertapa gitu. Lepas bangun ai hiking sensorang hinggalah tiba di destinasi. Bodo betul kalau ingat. Jangan tanya mana cikgu. Zaman ai sekolah dolu, semua bebudak yang handle aktiviti. Cikgu goyang telo tido sedap2 kat rumah. Datang jenguk weol biasanya hari pertama dan terakhir ja.
Quote ~boolean 14-11-2017 10:21 PM
pengajaran dari kisah ni dik,
putus kawan saja dengan tiga lagi jahanam yang tinggalkan kau.
pergi berempat, balik seorang...memang sekelompok lahanat kawan-kawan tu.

kau pun dah tahu hari hujan, pergi juga mendaki hari bekerja. Rasakan lah dik!

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.058827 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top