Makanan yang sedap serta menyelerakan pastinya dihasilkan dari ramuan halal, dijamin dari segi kesihatan dan kebersihannya.
Namun di sesetengah negara di dunia ini, ramai yang mempunyai selera pelik kerana sanggup makan makanan yang dianggap jijik dan mengerikan. Bagi kita yang mempunyai selera normal, tengok pun boleh termuntah! Ini adalah antara makanan dan minuman yang paling pelik di dunia menurut IDN Times. Tak sangka ianya wujud dan boleh dimakan: 1. Haggis (Scotland) Makanan ini dihasilkan menggunakan hati, jantung dan paru-paru kambing biri-biri yang dicampurkan dengan bawang putih, oatmeal, lemak, rempah ratus dan garam. Proses memasaknya dilakukan dalam perut binatang. 2. Sosej Darah (Afrika, Asia, Amerika, Eropah) Ia dibuat menggunakan darah binatang yang dibekukan dan kemudia diproses menjadi sosej. 3. Wain Ular (China) Minuman ini dihasilkan dari ular yang direndam selama beberapa bulan. Ia dipercayai baik untuk kesihatan. 4. Tarantula Goreng (Kemboja) Makanan ini merupakan makanan ringan bagi masyarakat di sana. Dimasak dengan mencabut dahulu bulu-bulu di kakinya, direndam dengan gula dan garam semalaman sebelum digoreng. 5. Casu Marzu/Keju Basi (Itali) Ini merupakan makanan tradisional penduduk di sana. Ada anak serangga yang masih dalam bentuk ulat di dalamnya bergerak-gerak. 6. Telur Seribu Tahun (China) Telur akan direndam menggunakan bahan dipanggil Malam, abu, kapur mentah selama berbulan-bulan sehigga berubah menjadi warna hitam. 7. Mata Ikan Tuna (Jepun) Nampak menjijikkan tapi rasa dan teksturnya macam makan sotong. 8. Surstömming/ Ikan Basi (Sweden) Diperbuat daripada ikan Herring, direndam dengan garam dan kemudian akan menjalani proses penapaian. Kalau nak makan kena di tempat yang terbuka kerana baunya sangat busuk. 9. Shirako (Jepun) Ia merupakan kantung sperma ikan kod, buntal atau ikan angler. Bentuknya tidak ubah seperti otak kecil dan rasanya manis-manis. 10. Balut (Filipina) Telur-telur yang sengaja dibiarkan sehingga menjadi embrio. Ia akan dimasukkan dalam air mendidih dan diberi sedikit garam. Jadi, menurut anda mana satu yang paling menimbulkan rasa jelik dan paling ngeri sekali? -CARI
|
17
Bagus |
10
Marah |
9
Terkejut |
5
Sedih |
9
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
matchstick replied at 14-11-2017 03:47 PM
Ikan pekasam x bole lawan ikan basi tu ke..
ADVERTISEMENT