Mengembara ke serata pelosok dunia memang dah jadi trend anak muda sekarang. Tiket kapal terbang pun dah murah, mahu apa lagi?
Rugi kalau tak rebut peluang ketika badan masih sihat untuk melihat keajaiban Tuhan di negara orang lain. Tapi biasalah, bajet juga perlu diambil kira. Harga tempat penginapan, pengangkutan, makanan dan sebagainya. Jadi bagi meringankan beban, sebenarnya ada cara untuk mendapat penginapan percuma tanpa keluar duit satu sen pun semasa mengembara. Tak percaya kan? Menurut laman web Kaki Sini, ini caranya: Tumrum Tumpang rumah kawan dan saudara-mara di negara yang anda lawati. Cara ini paling bagus bukan sahaja ianya menjimatkan duit, tapi boleh mengeratkan silaturrahim. Jangan pula ambil kesempatan, bawalah sedikit buah tangan dari Malaysia seperti bahan-bahan masakan dan boleh masak sama-sama. Ringankan tangan untuk membantu mereka mengemas rumah, mop lantai dan lain-lain. Couchsurfing Sama konsep macam Tumrum tapi kali ini tumpang di rumah orang yang tidak dikenali. Caranya cuma berkenalan dengan mereka di laman web komuniti Couchsurfing. Tuan rumah dipanggil Host, manakala pengembara dikenali sebagai Surfer. Berhati-hati jika menggunakan cara ini, selidik dulu latar belakang Host anda. Warmshowers Ia merupakan komuniti bagi mereka yang mengembara secara berbasikal. Syarat utama anda kena bersedia untuk menjadi Host kepada pengembara berbasikal lain yang akan datang ke negara anda pada masa akan datang. Cara ini paling syok sebab boleh tahu selok belok sesuatu tempat dengan lebih baik kerana anda dikelilingi kawan kembara yang merupakan penduduk tempatan. Wwoofing Kalau anda seorang yang sukakan bidang pertanian, ini cara terbaik. Anda akan tinggal bersama peladang organik yang akan menawarkan makanan dan penginapan percuma. Syaratnya, bekerja dengan mereka sekitar 4-6 jam sehari. Tapi anda kena bayar yuran dahulu untuk menjadi ahli Wwoofing, dan harganya berbeza mengikut negara. Jadi rasanya mana satu pilihan anda? -CARI
|
11
Bagus |
10
Marah |
17
Terkejut |
9
Sedih |
15
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Jorja replied at 15-11-2017 08:06 PM
Tumrum {:smile comelnya term
jane_hopper replied at 15-11-2017 07:58 PM
Ada sstgah traveller suke guna airbnb kan? Tgal ngn host sekali, tp ntah la, jane x biasa tgal ngn o ...
uda replied at 15-11-2017 09:50 PM
Airbnb: boleh pilih samada nak tinggal dengan host atau sewa the whole place.
I selalu guna airbn ...
Peterpan17 replied at 15-11-2017 09:03 PM
Klu takde duit jgnlah travel. Apa hal mcm pengemis merempat tumpang sana sini. Menyampah pula aku ba ...
jane_hopper replied at 15-11-2017 10:26 PM
Mksudnya kene pilih host yg mmg ada provide rental whole apartment la yer? Sbb kalo host tu mmg it ...
saladin780 replied at 16-11-2017 09:23 AM
kan..busuk ah ko takde duit nak travel gak
couchsurfing tu dulu ok..tp sekarang ni aku kt ...
Peterpan17 replied at 15-11-2017 09:03 PM
Klu takde duit jgnlah travel. Apa hal mcm pengemis merempat tumpang sana sini. Menyampah pula aku ba ...
matabesar replied at 16-11-2017 05:09 PM
betul tu. kalau nk travel sgt amik dorm yg sekali share 10 org pun tkpe dr tumpang. bua ...
ADVERTISEMENT