Selepas Justin Bieber dan Selena Gomez kembali bersama, kini The Weeknd pula dilaporkan rapat dengan bekas kekasihnya, Bella Hadid.
Adakah percintaan di antara mereka bertaut kembali? Memetik Hollywood Life, The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Tesfaye, 27, dipercayai bermalam di rumah Bella, 21, apabila dia dilihat keluar dari apartmen supermodel itu pada pagi kelmarin. Menurut sumber E! News, Abel dan Bella memang kembali berhubung selepas berpisah dengan Selena, 25, tetapi mereka tidak kembali bercinta.
"Bella bersetuju apabila Abel mengajaknya untuk keluar lepak bersama. Model itu percaya walaupun mereka tidak akan bercinta semula, sekurang-kurangnya mereka boleh menjadi kawan baik," kata sumber itu. Abel dan Bella berpisah pada November 2016 selepas 18 bulan bercinta. Sebelum ini, penyanyi itu berpisah dengan Selena pada lewat Oktober lalu selepas 10 bulan mereka menjalin hubungan. Dengar cerita, Abel dan Bella masing-masing masih menyayangi antara satu sama lain. Mungkinkah cinta mereka akan bersemi kembali? - CARI
|
8
Bagus |
8
Marah |
11
Terkejut |
10
Sedih |
14
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sheqim replied at 17-11-2017 06:39 PM
Loh camni muka 21? Macam 30 series{:dot
merrissa replied at 16-11-2017 03:32 PM
21 ke 31?
kenapa seblom ni tgk mcm lawa je...now nampak mcm muke mak simba je pon ada...kahkahkah
ADVERTISEMENT