CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kalau Gaji RM2,000 Tak Payahlah Beli Kereta Baru Tu...

21-11-2017 02:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 18544| Komen: 33|Original author: Oleh: Adib Za

Pelancaran model kereta Myvi terbaharu sememangnya telah mengundang rasa teruja di kalangan para pengguna. 

Mereka berasa kagum kerana selain mendapat sentuhan anak tempatan, ia juga memiliki spesifikasi yang lebih baik berbanding model sebelum ini. 


Di sana sini, iklan Myvi baharu ini seolah membuatkan ramai yang tidak sabar lagi membelinya. Maklumlah awal tahun pun tidak berapa lagi, mungkin ada perancangan untuk menukar kenderaan baharu. 


Pun begitu, seorang netizen yang merupakan seorang pakar hartanah, Harith Faisal melarang golongan tertentu daripada memiliki Myvi baharu ini.

Katanya, jika gaji RM2,000 sekalipun masih tidak melayakkan atau tidak wajar seseorang membelinya. Mengapa agaknya?


Harith memberi senarai 10 sebab mengapa dengan gaji RM2,000 ini tidak patut membeli kenderaan itu. 

"Harga kereta yang patut kita beli harganya setahun gaji. RM2000 x 12 baru dapat RM24,000. Beli kereta harga begini.Atau tunggu gaji naik lagi.."


"Jangan ikut cakap orang suruh beli kereta kedua..kalau mereka nak tolong bayar, takpa juga.."


Cara pengiraan kesesuaian gaji dengan kenderaan yang patut dibeli juga sangat banyak membantu.

Ini kerana ramai yang dikatakan membeli kenderaan dengan harga lebih daripada gaji setahun mereka, pendek kata membeli lebih dari kemampuan. 


Ramai netizen yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pakar hartanah ini.

Bagi mereka membuat simpanan untuk hartanah lebih penting berbanding menukar kereta baharu pada masa ini. 

Apa pula pendapat anda? - CARI
21

Bagus
23

Marah
13

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 21-11-2017 02:51 PM
gaji 2000 sekarang ni klu beli kereta jawabnye makan asap la bulan2
Quote LostStar 21-11-2017 03:01 PM
mcmne dorg boleh terpikir dgn gaji 2k sebulan beli kereta ea.. mayb sbb dok umah family lagi kott.. makan mnom tempat tinggal semua family masih tanggung.. tu yg dorg berani beli kot..
Quote tri-max 21-11-2017 03:01 PM
apadehal, wat uber/grab lepas kerja
hehehehe
cukupkan utk byr monthly rm600++ tu
takyah usik duit gaji, kata bujang inilah masa utk memerah keringat yg ada


~makjemahcorp~
Quote CiliPadiSedap 21-11-2017 03:16 PM
siapa nak hidup aman damai dari segi kewangan :

> beli je persona cash 1.6 automatic ( speedtiptronic 4 gear bukan cvt) RM 10 000 tahun 2010

beli cash hidup aman damai...
boleh lah akak anak orang kaya mampu beli cash..
akak pun menabung lah lahanat bukan rosmah je menabung 2.6 billion..


ada pekara elok beli cash ada pekara perlu berhutang.. kereta hanya alat untuk bergerak daripada point A ke point B sahaja.. segala expenses, maintanance di kira liabliliti

gaji RM 2000 beli myvi :
> tengah bulan beli magi kerat 4..
> loan dah RM 500, kereta maintanance, parking, touch and go ( sorry lupa ada built in smart tag)
> harga minyak naik mula carut kerajaan ( hakikat dah tahu bawah diktaktor bijan tiada yang turun melainkan air hujan dan air mata, bodo tu simpan sedikit dengan buat persediaan kewangan, kita punya meroyan susah bukan harga minyak makin turun)



Alasan mathematician dan engineer amran petronas :
> enjin myvi tu enjin cvt sama dengan vioz lagi jimat minyak daripada persona campro
> tujuan beli cash nak elak hutang bulanan, nak absorb depriciation car
> first year kereta baru beli akan depriciation dalam 15% hingga 25% value
> second third and so on akan makin berkurang , jadi berbaloi ke beli kereta baru dengan deprciation? selamat berfikir dude... wish good luck




Hidup ni satu pilihan nak aman damai kewangan atau sesak2 tengah bulan makan magi kerat 4 asal bergaya.. life is choice..

Quote iznanaziz 21-11-2017 03:30 PM
i dulu nak beli kereta, tgk kemampuan, gaji berapa, mampu tak byr bulan2.
skrg pun i tak berani nak beli second car.
maintenance lagi, kena pikir.

i tuko kereta pun, bila kereta lama dah abih bayar.  sesaja nak jual, beli baru, no way.
Quote vanillaninja 21-11-2017 03:42 PM
I baca comment Qudosuci Saarani dekat atas tu. Kawan heols gaji RM1.8K beli Honday City? Habis berapa je balance kalau dah more than half gaji habis bayar kereta?
Quote haryatie 21-11-2017 03:43 PM
boleh jerk kalau ada income sampingan yg lain
umah x sewa msih duk dgn parents..
da tentu makan minum parents tanggung
mcam ank aku..abis jerk blajar aku beli kete baru utk dia
yg bayar bulan2 aku..
sbg keperluan jugak dia nk g keje..nnti nk kuar pagi2 gi keje bahaya...
ada kete sendiri senang
Quote salmon-suki 21-11-2017 03:49 PM
To me,x terfikir nk beli kete lg,unless mmg tmpt keje tu memerlukan guna kete or xde public transport kt situ..elok smpan duit utk kegunaan mse depan..nk beli rumah pn still terfikir2 nk beli ke x sbb kalau boleh,xnak bt loan..tu skrg simpan je duit..{:shy
Quote palmolive 21-11-2017 04:01 PM
CiliPadiSedap replied at 21-11-2017 03:16 PM
siapa nak hidup aman damai dari segi kewangan :

> beli je persona cash 1.6 automatic ( speedtiptr ...

ahkak, cvt tu bukan enjin..cvt tu gear..myvi baru ni still 4 speed at gear...mcm versi lama..
enjin dia pakai dari vios baru..dual vvti



Quote Themilo 21-11-2017 04:07 PM
LostStar replied at 21-11-2017 07:01 AM
mcmne dorg boleh terpikir dgn gaji 2k sebulan beli kereta ea.. mayb sbb dok umah family lagi kott..  ...

pernah terlintas tak orang yang gaji RM2k tu tak mampu duk di rumah sewa yang dekat dengan pengangkutan awam? so, beli kereta la caranya untuk ada mode pengangkutan yang selamat & terjamin. ni based on my experience la. beli kereta sebab takde public transport kat area rumah yang i sewa. gaji pulak tak mampu nak sewa bilik kat area-area dekat dengan opis. terpaksa la sacrifice beli kereta kecik.
Quote Skuau 21-11-2017 04:30 PM
boleh haper..duduk umh mak apak...tmpt tggl,mkn mnum mak apk tanggung......{:laugh
Quote MyNameIsIris 21-11-2017 04:33 PM
i dulu beli kereta myvi masa gaji rm2k lah... deposit rm10k, bulan2 rm500+ 7 tahun
10 tahun dulu

bukan tak boleh beli
boleh je... sebab sebelum myvi, i pakai kancil.. tiap bulan maintenance je dah serupa beli kereta baru
asyik rosak manjang
pasal tu i tak minat beli 2nd hand... kang rosak teruk nak repair bagai
dah buang duit kat situ

asal beli kereta yang tak cecah 1/2 gaji udahlah
lagi pun sekarang kereta adalah 1 keperluan
Quote deltoid 21-11-2017 04:35 PM
Quote merrissa 21-11-2017 05:27 PM
xpe la aku naik beskal je la...

sapa nak ber uberCYCLE...please pm me k....memerlukan duit utk beli cash kete waksegan...wakkakaka
Quote Jorja 21-11-2017 05:29 PM
Kt malaya senanglah nak jadi pakar hartanah.. rumah murah kt sana..dahlah murah, besar pula tu.. cer p sabah negeri meskin tapi rumah semi d harga 600k tu kt kaw luar bandar tu... sorry ot
Quote CiliPadiSedap 21-11-2017 06:07 PM
palmolive replied at 21-11-2017 04:01 PM
ahkak, cvt tu bukan enjin..cvt tu gear..myvi baru ni still 4 speed at gear...mcm versi lama.. ...

tu lah enjin 4 speed nak highbeam persona pun makan asap 4 tiang.. kalau ada gear cvt 6 speed cm proton saga dh cun dah.. boleh cucuk sondol vioz, almera, dan paling hot cucuk honda civic

lepas ni kalau kita nampak myvi tak masuk lorong smart tag kita sondol je, dalam kereta kt dashboard dh ada built in smart tag sibuk nak lorong touch and go. (ayat org jealous)
Quote damian_lee 21-11-2017 06:58 PM
Benda paling menyesal aku beli adalah kereta ngan phone
Skrg insyaAllah dah bijak
Hahaha
Quote leena1234 21-11-2017 10:07 PM
Nak beli myvi baru gaji 2k kalo buat uber/grabcar ok skit kot..tapi kena keje lebih skitlah nak tampung bayaran bulanan tu. Ukur baju di badan sendirik senang cite
Quote Innhalludba 22-11-2017 10:34 AM
Kalau jenis sedar diri tak pe nokk.. ni yg sememangnya tau gaji x cukup tetap nk beli keto.. nak yg H lak tu.. jenis yg biar papa asalkn bergaya... pooning mak.. {:hooray

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.233410 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top