Wanita sangat mementingkan rawatan serta penampilan diri termasuk rambut, berat dan bentuk tubuh, wajah, mahupun buah dada. Namun, sebagai seorang wanita, bagaimana dengan penjagaan Miss V anda?
Kebersihan Miss V sangat penting bagi menghindar masalah penyakit pada organ intim. Bagaimanapun, perlu anda tahu bahawa penjagaan bahagian kewanitaan ini tidak boleh menggunakan sembarangan bahan atau sabun. Menurut sebuah kajian seperti dipetik Vemale, penggunaan sabun tidak sesuai boleh merosakkan daerah Miss V, sekali gus memudahkannya terkena jangkitan seperti herpes, bakteria Chlamydia atau HIV.
Malah, ia boleh menyebabkan jangkitan bacteria vaginosis yang boleh mengganggu keseimbangan bakteria baik pada organ intim anda. Ketika mencucinya, jangan gunakan sabun yang dapat menurunkan kadar pH kerana ia boleh mengganggu perkembangan bakteria baik yang melindungi vagina. Manakala, produk mandian yang mengandungi perfume juga berisiko tinggi menyebabkan jangkitan pada Miss V. Dalam masa sama, jangan mencucinya dengan sabun ataupun cairan antiseptik kerana kandungan antiseptik yang digunakan turut membasmi bakteria baik yang ada pada daerah Miss V. Jika anda belum menggunakannya, bertukarlah kepada sabun herbal atau sabun yang khusus untuk merawat Miss V. Selain itu, pastikan anda mengeringkan Miss V anda selepas mandi atau selepas dicuci dengan air, okey. - CARI |
17
Bagus |
6
Marah |
6
Terkejut |
13
Sedih |
9
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
estrelle: Kdg2 tak boleh nak elak.pakai bodywash trkena pada miss v.miss v mmg tak perlu pakai pencuci pon.cukup cuci bersih2 pakai air.
ADVERTISEMENT