Kegembiraan seorang ibu melahirkan anak keempat bertukar pilu apabila dirinya lumpuh selepas 18 hari berpantang. Meriam Zakaria, 37, disahkan menghidap penyakit Symptomatic Hypokalemia, kekurangan garam dan nutrisi dalam badan.
Berita Harian melaporkan, Meriam juga tidak mampu bercakap dan hilang ingatan. Suaminya, Mohd Zaki Ismail, 37, berkata isterinya kerap muntah, kedua-dua tangannya menjadi lemah dan tidak bermaya. Hasil pemeriksaan doktor mendapati oksigen tidak sampai ke bahagian kepala menyebabkan dia tidak dapat bercakap. Pendapatan Mohd Zaki yang bekerja di bengkel kimpalan Lubuk Stol tidak mencukupi untuk menampung mereka sekeluarga yang tinggal di Kampung Felcra Bukit Tandak, Rantau Panjang.
"Saya perlu menguruskan isteri saya sepenuhnya termasuk pakaian serta memberinya susu khas menggunakan wayar melalui hidung. "Isteri saya juga perlu katil khas memandangkan keadaannya yang tidak boleh bergerak. Sekarang ini kami meminjam katil daripada saudara dan perlu memulangkannya," katanya. Perbelanjaan lampin pakai buang dan susu khas menelan belanja kira-kira RM600 sebulan. Orang ramai yang bersimpati boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional, 0301641000104871 atas nama Mohd Zaki Ismail.-CARI
|
2
Bagus |
3
Marah |
5
Terkejut |
4
Sedih |
5
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 21-11-2017 04:59 PM
Sedihnya...
Teringat dulu ada forumer cerita kakak dia coma lepas bersalin..mak dia ada blog cerita ...
yuliss replied at 21-11-2017 05:03 PM
Yg doc koma tu ke? Tumbah darah pas beranak?
vanillaninja replied at 21-11-2017 09:04 AM
Kesiannya. Macam mana nak bagi sumbangan? Semoga dipermudahkan urusan this family.
vanillaninja replied at 21-11-2017 09:04 AM
Kesiannya. Macam mana nak bagi sumbangan? Semoga dipermudahkan urusan this family.
EJALTI replied at 21-11-2017 09:07 AM
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/11/285972/beratnya-dugaan-kami
Ni no akaun suaminya...
mizkajura replied at 21-11-2017 05:21 PM
Bertabahlah anak2 semasa ibuayah diuji begini. Semoga Siberian hati yg tabah dang minda yg kuat. Sem ...
ADVERTISEMENT