Seiring perkembangan teknologi, kaedah rawatan kulit wajah juga semakin berkembang. Kini, pelbagai jenis rawatan wajah disediakan untuk kulit wajah tampil sihat dan cantik berseri.
Namun, aneh juga apabila terdapat terapi unik menggunakan alat atau bahan yang boleh dikatakan pelik-pelik pada zaman serba canggih kini. Mungkin ada yang sudah tahu, terdapat beberapa kaedah rawatan wajah yang pelik dan menjijikkan pernah dan mungkin masih diamalkan pada masa sekarang. 1. Air Kencing Terapi urin atau urotherapy merupakan rawatan kecantikan menggunakan air kencing sebagai bahan utamanya. Urin dikatakan membantu mengurangkan psoriasis, ekzema dan jerawat apabila disapu pada wajah. Eww, macam geli saja? Memetik Vemale, air kencing kita sebenarnya sangat bersih. ia mengandungi 95 peratus air dan nutrisi seperti protein, vitamin, dan mineral. Secara teorinya, urea yang terkandung dalam urin bertindak sebagai eksfoliasi serta melembapkan kulit. Bagaimanapun, hasilnya tidaklah sebagus produk penjagaan kulit lain kerana kandungan urea dalam urin sangat rendah iaitu kurang dari 5 peratus. Geli tak? Ini belum cukup geli sebenarnya. Minum air kencing untuk tujuan kesihatan pernah menjadi trend suatu ketika dahulu. Mereka akan mengambil segelas air hangat bersama tiga titis urin. Namun, sehingga kini masih belum ada kajian yang menyokong fakta manfaat air kencing ini. 2. Darah Haid Segelintir masyarakat percaya darah haid boleh menghilangkan tanda penuaan pada kulit, menyembuhkan luka serta lebam. Malah, ada yang membuat masker wajah dengan darah haid. Ya, mungkin ada yang tak dapat terima, kan? Terdapat mitos mengatakan penggunaan darah haid hari pertama dapat membersihkan wajah dari jerawat. Namun, masih belum ada kajian saintifik dapat membuktikan kebenaran mitos itu. Pun begitu, pakar bedah plastik mendakwa suntikan darah ke wajah dapat membuat kulit kita menjadi lebih baik dan sihat. Tapi bukan darah haid tau, darah biasa saja lah. Sekadar perkongsian sahaja ya. Semoga tiada yang terasa nak termuntah pula, okey? - CARI |
11
Bagus |
19
Marah |
31
Terkejut |
21
Sedih |
19
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
epis replied at 22-11-2017 07:12 PM
Pernah belek satu produk pencuci muka tuk jerawat, tgk kt ingredients ade urea.. lupe dah produk ape ...
Orix replied at 23-11-2017 12:50 AM
Itu urea synthetics la... byak je produk2 skincare yg ingredients dia ada urea termasuk olay, nuto ...
ADVERTISEMENT