CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Isi Minyak Tapi Tak Ada Duit, Habis Semua Orang Dia Amuk

23-11-2017 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5663| Komen: 34

Seolah-olah dirasuk, seorang lelaki merosakkan pelbagai barangan berharga dan mengungut untuk mencederakan orang awam di empat lokasi berasingan di Kuala Nerus.

Bersenjatakan pisau, lelaki berusia 30-an itu menuju ke empat premis berkenaan dan tiba-tiba naik hantu.

Menurut Harian Metro, kejadian pertama berlaku pada jam 11.30 pagi apbila suspek berpura-pura mahu mengisi petrol keretanya di stesen minyak di Batu Enam, Kuala Nerus.

Dia memaklumkan mahu mengisi minyak tetapi tiada wang dan berjanji membayar kemudian sebelum mengeluarkan kad pengenalan sebagai cagaran.

Gambar Hiasan
“Bagaimanapun, pengurus stesen minyak tidak membenarkan suspek mengisi minyak menyebabkan dia berang sambil mengeluarkan pisau lalu memecahkan cermin kedai premis terbabit.


“Malah, dia turut memecahkan cermin kereta milik pengurus stesen yang berada berhampiran premis selain mengambil wang tunai di kaunter sebelum melarikan diri.

“Lelaki itu sekali lagi mengamuk apabila memecahkan televisyen dan meja dengan pisau di sebuah bank di Dataran Austin Gong Badak, Kuala Nerus jam 2.58 petang.

“Dia tiba-tiba mengamuk tanpa mempedulikan orang ramai sebaik saja masuk ke dalam premis itu,” kata sumber.

Amukan lelaki itu tidak berakhir apabila sekali lagi membuat kecoh di sebuah bank lain di kawasan sama jam 3.15 petang dengan mengugut pekerja dan orang awam di lokasi kejadian.

Pekerja dan orang awam mendiamkan diri manakala dia terus merosakkan komputer, telefon dan meja kaunter menggunakan pisau.

“Lelaki berkenaan membuat kacau dengan menjadikan pasar raya di Wakaf Tembesu, Gong Badak sebagai tempat melepaskan amarahnya jam 3.30 petang.

Bagaimanapun lelaki berkenaan berjaya ditahan selepas menerima laporan awam. -CARI
8

Bagus
2

Marah
15

Terkejut
10

Sedih
12

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 23-11-2017 10:51 AM
tolong la kawal ummah ngko ni @dinopower2
Quote dinopower2 23-11-2017 11:19 AM
kentel replied at 23-11-2017 10:51 AM
tolong la kawal ummah ngko ni @dinopower2

mak aii kg aku hahah....
Quote dinopower2 23-11-2017 11:20 AM
stress sgt idupnya.... umpama lava fail math
Quote noor2 23-11-2017 11:22 AM
Ini lawak. ........pakai motor jela dah minyak kereta mahal..
Quote sofiazara 23-11-2017 11:23 AM
gaji belum dapat la tu,

last month kan ramai termasuk penjawat awam yang dapat gaji awal sempena deepavali

so dah lama tak dapat gaji mmg boleh ngamuk cam tu
Quote nisako 23-11-2017 11:23 AM
tangkap je org cm ni.................x duit buat cara tak de duit
Quote noell 23-11-2017 11:27 AM
duit abih beli pil kuda la tuh
Quote noor2 23-11-2017 11:30 AM
Thread ni sesuai termasuk dalam  thread  kes sakit mental..... sebab kos sara hidup tinggi.....
Quote honeybucuk 23-11-2017 12:02 PM
pengurus st minyak tu tak buat report polis ke?
kes ke 2 pun tak de report?
lepas bebas smpi ke ptg..
Quote AbukRokok 23-11-2017 12:09 PM
byk sgt makang ikang.
Quote AbukRokok 23-11-2017 12:09 PM
sofiazara replied at 23-11-2017 11:23 AM
gaji belum dapat la tu,

last month kan ramai termasuk penjawat awam yang dapat gaji awal sempena  ...

adakag suspek penjawat awam?
Quote baghal_bortuqal 23-11-2017 12:10 PM
pelekang2 sokmoooo la sek mung tuh dino wehhh
Quote moonbug 23-11-2017 12:14 PM
Tertekan sampai hilang kewarasan
Quote Jorja 23-11-2017 12:26 PM
Betul ka duit ni ada kuasa buat orang gila..orang mengamuk..bergaduh.. duit tu kertas aja lah
Quote makton 23-11-2017 12:32 PM
seb baik uni aku dpt gaji awal dr penjawat awam lain..
Quote zaziot 23-11-2017 12:33 PM
kesiannye..life is so stressful...bole smpai ke tahap terdesak
Quote shamsadis 23-11-2017 12:42 PM
elok letak terus dalam penjara sepanjang hayat, sebelum esok lusa ada yang mati kena tikam, fefeling mental pulak
Quote palmolive 23-11-2017 01:11 PM
maroh sangak dia hoo
Quote Sazida 23-11-2017 02:19 PM
Babinya perangai jantanz ni. Eloklah dh kena tgkp. Mmpos aje dlm pnjra tu. Sesuka hati dia jer rosakkan brg org. Ni mesti kaki vandalism

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.157480 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top