Berang ditinggalkan, seorang wanita bertindak membakar flat kediaman teman lelakinya. Kasey Lee Schembri, 21, diarahkan keluar dari rumah yang terletak di Falcon Drive, Cardiff Bay.
Menurut Daily Mail, ketika itu dia sedang hamil anak pertama hasil hubungan dengan kekasihnya. Dia mendakwa kekasihnya itu tidak mahu anak yang dikandungnya dan kemudian bertindak membakar kertas yang terdapat di dalam kotak surat. Kekasihnya yang baru pulang ke rumah menyedari ada asap keluar dari pintu hadapan dan tidak dapat memasukinya rumah kerana kuncinya tersekat pada tombol pintu. Dengan bantuan jiran, kebakaran tersebut berjaya dipadamkan.
Kasey mengaku bersalah memulakan kebakaran tersebut dan dipenjara selama 26 bulan tetapi dikurangkan kepada 20 bulan. -CARI |
AbukRokok replied at 23-11-2017 11:59 AM
cantik mcm tu pun kne dump
Andyscenes replied at 23-11-2017 12:21 PM
Anak bg aku
ninja boy replied at 23-11-2017 06:15 PM
ai heran apsal pumpuan spt bini2 org akan mencantikan diri dalam 1-3-4 bulan tup2 pregnent, sana sin ...
jazaa100 replied at 23-11-2017 08:38 PM
Pakej lah bro.....
Nak anak, kena amik mak...
ADVERTISEMENT