CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Bila Ramai Yang Tak Pandai Kawal Perasaan Marah...

23-11-2017 06:06 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 5486| Komen: 10

Assalamualaikum semua,
Mereka yang tidak mampu mengawal kemarahan dalam diri adalah merupakan seorang Hamba kepada Hamba mereka yang mampu mengawal kemarahan.


Sungguh mendalam maksud ayat di atas bukan? Diertikan bahawa mereka yang mampu mengawal kemarahan diri menjadikan kemarahannya adalah hambanya manakala mereka yang gagal mengawal kemarahan menjadikan dirinya sebagai hamba kepada kemarahan.

Oleh yang demikian, untuk segmen ini, saya ingin berceloteh berkenaan dengan amarah yang selalunya tercetus daripada emosi stress yang disebabkan pelbagai faktor. Apabila disebut emosi, ia merupakan satu ciri manusia yang mempamerkan perasaan-perasaan kuat yang berpunca daripada psikologi (mental) seseorang dan emosi dapat berlaku secara naluri bergantung kepada situasi. Bukan hanya amarah, perasaan sedih, kecewa, gembira dan sebagainya merupakan emosi yang tercetus mengikut keadaan. 


Stress pula merujuk kepada gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang. Ia merupakan tindakbalas terhadap sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang berasa takut, gelisah atau terancam apabila menerima sesuatu yang di luar dari kebiasaan dan kemampuan. Melalui proses inilah mengakibatkan kemarahan yang tidak terkawal. 

Sebelum saya berkongsi cara mengawal letusan emosi dalam diri, jom kita lihat apakah kategori amarah kita menurut Imam al-Ghazaliyy. 
Imam al-Ghazaliyy membahagikan kategori tabiat marah kepada 4:

i. Orang yang cepat marah dan cepat reda kemarahannya
ii. Orang yang lambat marah dan lambat reda kemarahannya
iii. Orang yang lambat marah dan cepat reda kemarahannya
iv. Orang yang cepat marah dan lambat pula reda kemarahannya

Agak-agak pembaca, anda dikategori yang mana? Jika kategori yang ke-3, Alhamdulillah, kekalkan supaya hidup sentiasa sejahtera walaupun di uji dengan pelbagai dugaan. Jika tidak, jom kita senaraikan cara dan teknik dalam mengawal kadar dan letusan emosi khususnya kemarahan agar ia mencapai tahap yang sederhana. 


1) Ubah rutin pagi 
Ketenangan seharian hidup kita mampu dikekalkan sekiranya kita membenarkan aura-aura atau tenaga positif meresap masuk ke dalam tubuh badan kita sebaik mata celik daripada tidur. Bagaimana? 

a. Jadikan amalan apabila anda terjaga terus hadiahkan senyuman ringkas untuk diri sendiri dan bukan dengan mengerut dahi seperti yang kita biasa lakukan sebelum ini.
b. Rehat dalam 10 saat sebelum duduk, dan kekalkan dalam keadaan duduk juga dalam 10 saat, kemudian bangkitlah untuk persiapan diri. 
c. Keluar rumah biarlah langkah kanan kerana niat kita untuk mencari rezeki.
d. Sebelum sampai ke tempat kerja, amalkan untuk berbual dengan haiwan seperti kucing atau berbual dengan tumbuhan. Kerana komunikasi kita bersama alam semulajadi memberi kekuatan positif dan sesungguhnya alam semulajadi berzikir dan akan mendoakan kesejahteraan ke atas kita.

2) Ubah kata yang negatif kepada positif
Kebiasaan kita mudah merungut dan mengadu domba. Jika kita mampu melatih untuk mengubah kata-kata yang negatif kepada positif ia mampu memberi tenaga positif yang kuat dalam diri. Sebagai contoh, sekiranya ada orang dengki dengan kita, usah dicaci mahupun dimaki hamun, sebaliknya berkatalah kepada dia “Kesian dia, aku patut bantu dia” . Perlu diingat, mereka yang mendengki selalunya adalah mereka yang sentiasa berada di belakang kita. Kata-kata seperti ini mempu mengubah sistem emosi kita menjadi lebih tenang dan bersyukur.



3) Ubah posisi badan untuk mengubah emosi
Dalam keadaan tertentu kita diuji dengan situasi yang sukar untuk kita tempuhi dan benar-benar menguji kesabaran kita. Lantas dalam keadaan marah sedang ke kemuncak, ubahlah posisi kita seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW. Jika kita sedang berdiri, duduklah untuk mengawalnya jika masih marah berbaringlah. Lebih luas dan teliti lagi, ubah juga keadaan dan kedudukan tangan kita, sekiranya kita sedang berpeluk tubuh, lepaskan, sekiranya kita sedang menggenggam tangan, bebaskan. Sekiranya kita sedang berjalan berhentilah.

4) Ubah cara pernafasan
Kebiasaannya apabila kita sedang dalam keadaan marah, nafas kita akan lebih laju tanpa dikawal. Namun, hakikatnya jika kita tahu cara bernafas dengan betul, ia mampu meredakan letusan kemarahan tersebut. Pertamanya tarik nafas melalui hidung 5 ke 10 saat (perut akan kembung bukan kempis), tahan nafas tersebut 5 ke 10 saat, dan bebas dan lepaskan nafas tersebut melalu mulut 5 ke 10 saat. Buatlah beberapa kali, lebih afdal sebanyak  7 kali. InsyaAllah ia mampu memberi keredaan kepada anda.

Banyak lagi tips yang saya ingin kongsikan, namun, biarlah saya kongsikan di segmen akan datang. Sayugia, amalkan perkara kecil seperti di atas dahulu kerana biarpun ianya nampak mudah tetapi impaknya cukup besar untuk memastikan hidup kita lebih sejahtera.

Salam ikhlas,
Airol Irwan Limin
12

Bagus
10

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 23-11-2017 06:27 PM
ada banyak faktor tercetus kemarahan, selidik dan rawat.
Quote estrelle 23-11-2017 08:52 PM
I kalau marah suka diam je.tak kosser nak bertekak.
Quote Jorja 24-11-2017 12:05 AM
Orang yg suka marah2 elok bela pets..
Quote kroit92 24-11-2017 03:24 AM
punca orang sekarang kerap melenting,

sebab orang semua dah tak reti jaga mulut, laju je nak carut, cakap tak berlapis, hina, ejek, cemuh, directly, and indirectly, dalam social media ke, wasap ke.

haiyooh.. mental semua sekarang ni..
Quote sarahmirza 24-11-2017 09:42 AM
Banyak sangat makan kfc, mcd, a&w semua ni.
Quote rospinki 24-11-2017 10:25 AM
boleh marah tapi jgn lama2
Quote dory.thefish 24-11-2017 12:29 PM
ai cepat marah n cepat reda marah bile dah lepaskan marah. cara yg plg berkesan bile ai marah ai akan kemas bilik ke rumah ke meja office.bila da penat kemas hilang terus marah tu.
Quote oni313 24-11-2017 02:07 PM
i dulu mmg kuat marah

tapi, bila dah umur meniti senja ni, BP lak senang naik, so each time rasa nak marah, i ingat Tuhan, Istifar bnyak2, main henset kejap ke, then it cool down

bila org keliling marah, especially bos ke, time diorg marah tu i buat toya je, cool, buat donno.... buat muka tak kesah,
Quote onexox97 24-11-2017 10:27 PM
i cepat marah cepat reda
tapi tak banyak benda boleh buat i marah
student buat hal ia buat bodo je
boleh pujuk hati dia budak baru belajar
kalu kawan buat sakit jiwa takpa lagi
bukan dia bayar gaji i as long as tak mengacau gaji
kalau anak buat hal xpa lagi anak2 memang gitu gayanya

tapi kalau laki i wat silap huhuhu memang cepat je nak ngamuk
samada dia buat silap kecil ke besar ke sederhana ke dia tak buat apa2 pun rasa nak marah je
satu satunya manusia yg boleh buat ai marah
Quote yangsemb 12-12-2017 08:11 AM
Elok go for anger management classes or seek professional help klu it is out of control n becoming a bad habit

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.038914 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top