Bercinta bagai nak rak, tapi kesudahannya berakhir dengan kecurangan. Berapa ramai pasangan bercinta hari ini terkantoi kerana menduakan kekasih mereka?
Akibatnya, apabila diri sudah dikuasai amarah, macam-macam boleh dilakukan seseorang termasuk membunuh hanya kerana kekasihnya curang! Pun begitu, kisah kali ini agak melucukan apabila sebuah Perodua Myvi menjadi mangsa amarah seseorang apabila kekasihnya terkantoi curang. Menerusi gambar yang dikongsi Twitter Astrol AWATNI, sebuah Myvi putih 'diconteng' dengan gincu merah, malah pelakunya turut menggantungkan sehelai seluar dalam berwarna merah pada pengelap cermin belakang. "Ada apa dengan Si K? Tak guna. Curang!" Apa yang melucukan, beberapa netizen 'bersimpati' ke atas nasib Myvi yang dikatakan menjadi mangsa keadaan. "Myvi seluar dalam. "Myvi pula yang jadi mangsa," komen netizen. Sementara itu, netizen juga tidak menolak kemungkinan sekiranya cara sedemikian bakal menjadi ikutan muda mudi di masa akan datang. Sesiapa bernama 'K' di sini, berilah komen sepatah dua. - CARI
|
11
Bagus |
9
Marah |
7
Terkejut |
14
Sedih |
13
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
harkktuih replied at 24-11-2017 11:16 AM
@kentel barangkali
ADVERTISEMENT