Bagi mereka yang menyukai masakan berasaskan ikan masin, pasti menggemari acar ikan masin. Rasanya yang sedikit pedas dan digabungkan pula dengan rasa masin dan masam, memang unik.
Anda boleh mencuba sendiri masakan ini dan paling 'best' ia boleh disimpan lama. Maksudnya, ia memang jimat! Jom cuba.. Bahan-bahan: 200gm ikan masin talang@kurau (potong dadu rendam selama 1 jam) 10@15 biji cili api 10 biji bawang kecil India 5 tangkai bawang putih jeruk 5 sudu besar cuka 3 sudu besar gula melaka 3 sudu besar gula pasir
minyak masak secukupnya garam jika perlu Bahan Kisar 4 sudu besar pes cili kering 2 biji bwg besar 4 ulas bwg putih 1 inci halia 1 inci kunyit hidup Bahan Rempah 1 sudu besar jintan manis 1 sudu besar jintan putih 1 sudu besar biji ketumbar 1 sudu besar halba 1 sudu besar biji sawi Cara-caranya: 1. Goreng ikan masin yang direndam tadi dengan api perlahan. Jangan terlalu garing, angkat dan toskan. 2. Goreng bahan rempah tanpa minyak, api perlahan sehingga wangi. Kisar halus, guna pengisar kering, ketepikan. 3. Panaskan minyak tumis bahan kisar tadi sehingga garing. 4. Masukkan bahan rempah kacau lagi sehingga wangi dan pecah minyak. 5. Masukkan bahan-bahan yang lain seperti cuka, gula Melaka dan gula pasir. 6. Masukkan ikan yang digoreng tadi, masukkan bawang merah kecil, cili padi dan bawang putih jeruk. 7. Masak lagi sampai betul-betul minyak keluar di permukaan atas. 8. Biarkan api perlahan, agar minyak terpercik. 9. Rasa dulu jika perlu masukkan garam dan gula lagi. 10.Tunggu sejuk baru masukkan dalam botol, sebaiknya botol kaca. - CARI Kredit: FB Zaimah Zakaria |
12
Bagus |
14
Marah |
14
Terkejut |
13
Sedih |
11
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT