CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki Ini Berkongsi Resepi Air Kunyit Untuk Isterinya Ketika Berpantang. Anda Mesti Cuba

5-12-2017 12:04 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 6404| Komen: 17|Original author: Oleh: Faizal

Beruntung badan si isteri bila dapat suami yang mengambil berat hal-hal isteri ketika berpantang. Bukan apa, menguruskan isteri ketika berpantang adalah sesuatu yang tidak mudah. Jika tiada ilmu dan kekuatan, tentu seseorang itu tidak mampu untuk menguruskannya. 

Jom ikuti kisah Muhammad Faizal melalui catatannya di Papaglamz.com yang berkongsi pada semua pembaca Resepi Air Kunyit yang beliau buat untuk isterinya ketika berpantang.

Lelaki Ini Berkongsi Resepi Air Kunyit Untuk Isterinya Ketika Berpantang. Anda Mesti Cuba

Membersihkan rahim dengan kunyit dan asam

Kunyit mempunyai khasiat yang tersendiri. Lebih-lebih lagi untuk ibu-ibu selepas bersalin. Dipercayai sekiranya diminum bersama asam jawa ia mampu menjaga dan merawat rahim ibu selepas bersalin. Dalam katanya lainnya rahim cepat kecut. 


Sebenarnya jus kunyit ini bukan sahaja baik diamalkan oleh ibu-ibu lepas bersalin, malah untuk semua wanita juga baik kerana 'anti-radang' yang terkandung di dalam kunyit itu sendiri mampu menghalang rasa kesakitan tatkala wanita sedang period.

Lelaki Ini Berkongsi Resepi Air Kunyit Untuk Isterinya Ketika Berpantang. Anda Mesti Cuba

Resepi Jamu Kunyit Asam Jawa

Antara bahan-bahan yang anda perlu sediakan untuk membuat jamu ini seperti dibawah:
  • Kunyit hidup - 1 inci
  • Asam Jawa - 2 Sudu besar
  • Gula melaka - 3 Sudu besar
  • Manjakani (Jika ada)
Cara nak membuat jamu ini amatlah mudah. Anda hanya perlu hiris halus semua bahan tadi dan masukkan dalam shaker. Tuang air panas dan shake. Siap untuk diminum. Ada juga cara lain. Anda hiris semua bahan tadi. Masukkan dalam periuk. Tambahkan air 2 cawan. 

Kemudian reneh dengan api yang kecil sehingga air menjadi satu cawan. Cara ini lambat sikit tapi lebih baik sebab pati-pati ramuan akan keluar dengan banyak bila kita memasaknya.

Foto: Carian internet

Mudah je kan nak buat? Jadi suami-suami sekalian, nak sayang isteri tolong la jaga mereka ketika berpantang. Insyallah isteri bertambah-tambah sayang.

Tetapi harus diingat, kita tak boleh kerap sangat minum air kunyit. Dipercayai sifat kunyit yang mengeringkan mampu menyebabkan anda cepat menopaus. Mungkin seminggu sekali sudah cukup untuk diamalkan.

Selamat mencuba! - CARI 
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 5-12-2017 02:08 PM
Mmg semua benda kena viral ke?
Quote haryatie 5-12-2017 02:11 PM
setakat air kunyit tu org lain pun tahu
nak viral sgt sbg suami mithali
nanti ada yg berkenan nak jd bini ke2, ke3 ..meroyan pulak...
Quote lolita737 5-12-2017 03:19 PM
tp kalau minum tu agak2 klu anak kena kuning boleh naik ke bacaan kuning tu?
Quote Artemesiaa 5-12-2017 03:28 PM
Harap pujian ler tu
Quote fushimi 5-12-2017 03:42 PM
CardiGans85 replied at 5-12-2017 02:08 PM
Mmg semua benda kena viral ke?

haruslah viral sistur kalau tak tak dapat title somi mithali
basuh spender bini ngan bra pun harus diviralkan hokey






Quote drivethru 5-12-2017 03:46 PM
Layan laki tu elok2. Takut mengunyit plak nanti.
Quote Cari-Faizal 5-12-2017 04:12 PM
drivethru: Layan laki tu elok2. Takut mengunyit plak nanti.


{:smile
Quote ninjago 5-12-2017 04:59 PM
kunyit asam nie kan.. kt mydin ada jual yg instant punya.. kotak orange.. murah pun murah. elokla kalau nak amalkan, minum once a week je.. nie tuk yg malas nk buat sendiri la
Quote sofiazara 6-12-2017 09:49 AM
anak baru lagi dalam 0-7 hari ko takyahla minum air kunyit. bertambah kuning nanti
Quote miemiecha 6-12-2017 11:08 AM
sofiazara replied at 6-12-2017 09:49 AM
anak baru lagi dalam 0-7 hari ko takyahla minum air kunyit. bertambah kuning nanti

oh, blh kuning baby ye sistur.. ermm, mek kne ingat ni.. mna nak tau sok blh tepis lau org suh mnum
Quote chinta89 6-12-2017 11:20 AM
ummah pun berbodong2 puji laki ni suami mithali.


Quote Teru2Bozu 6-12-2017 12:06 PM
berkongsi petua ke nak tunjuk acah2 suami mithali
Quote Cikbedah_janda 10-12-2017 10:07 AM
Abang kunyit sngat. Hihihii
Quote sofiazara 12-12-2017 09:17 AM
nanti bini ko cepat menopos sbb minum kunyit
Quote cikkatak 19-12-2017 05:10 PM
Sesekali minum boleh laa. Kau bantai hari2 menopause ler bini kau.
Quote Cari-Faizal 19-12-2017 10:06 PM
cikkatak replied at 19-12-2017 05:10 PM
Sesekali minum boleh laa. Kau bantai hari2 menopause ler bini kau.

Cakap dh kan kat atas tu, minum sekali sekala jeee.
Quote Cari-Faizal 20-12-2017 02:06 PM
selamat mencuba

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.048015 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top