CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Macam Tak Percaya! Buat Kek Coklat Moist Dalam Rice Cooker Je. Tetap 'Gebu Gebas'

19-12-2017 10:37 AM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 8901| Komen: 13|Original author: Oleh: Faizal

Katanya "No Oven No Problem". Macam tak percaya, walaupun tanpa oven, kita mampu menghasilkan sebiji kek coklat moist dengan hanya menggunakan rice cooker sahaja.


Jom cuba resepi mudah Coklat Moist menggunakan rice cooker

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk penaik
90ml minyak bunga matahari
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
1 sudu besar cuka
1 cawan air

Cara Membuat:

1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda penaik, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati. Asingkan.
2. Untuk adunan seterusnya, masukkan minyak, ekstrak vanilla, cuka dan air. Kacau sehingga sebati.
3. Campurkan kedua-dua adunan (adunan 1 dan 2) kering dan basah, kacau sehingga lembut.
4. Sapukan mentega sebagai pelincir ke dalam periuk nasi. Tuangkan adunan dan masak untuk 60 minit.
5. Periksa kek dalam masa 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.
6. Setelah kek masak, biarkan kek sejuk untuk 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk.
7. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan leper. Taburkan gula ising ke atas kek atau curahkan dengan coklat ganache.

Resepi Toping Coklat Ganache

Bahan-bahan:


1/2 cwn serbuk koko
1/2cwn susu pekat manis
1 sb minyak

Cara Buat:

1. Masuk serbuk koko dan susu pekat manis dalam periuk. Gaul hingga sebati
2. Panaskan atas api yang kecil. Masuk minyak. Gaul sekejap dan matikan api.
3. Curahkan ke atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu.


Selamat mencuba.. - CARI 

9

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabar_sabariah 19-12-2017 11:22 AM
nampak sedap menyelerakan
nanti boleh try
Quote sabar_sabariah 19-12-2017 11:24 AM
Edited by sabar_sabariah at 20-12-2017 09:23 AM

tapi nape nak letak cuka ye?
serbuk kayu manis?

most barang dah ada..nak beli minyak bunga matahari je
Quote myakayina 19-12-2017 12:17 PM
jimat duit takyah beli oven...
Quote deathacker 19-12-2017 03:58 PM
Letak cuka? hmmm pape pun try dulu. Jadi x
Quote syue86 19-12-2017 04:52 PM
klu ade periuk nasi ada mcm2 bley masak..just kena sabra sket sbb bukan mcm dapur bley tenggek 2 lauk skali
Quote Cari-Faizal 19-12-2017 10:08 PM
syue86 replied at 19-12-2017 04:52 PM
klu ade periuk nasi ada mcm2 bley masak..just kena sabra sket sbb bukan mcm dapur bley tenggek 2 lau ...

Slow2 memasak.
Quote Cari-Faizal 19-12-2017 10:09 PM
deathacker replied at 19-12-2017 03:58 PM
Letak cuka? hmmm pape pun try dulu. Jadi x

Utk ap ek cuka tu? Jarang plk mndengarnya
Quote Cari-Faizal 19-12-2017 10:09 PM
myakayina replied at 19-12-2017 12:17 PM
jimat duit takyah beli oven...

Kan. Boleh cuba. Mudah pun iya juga
Quote Cari-Faizal 19-12-2017 10:10 PM
sabar_sabariah replied at 19-12-2017 11:22 AM
nampak sedap menyelerakan
nanti boleh try

Jgn lupa utk cuba ya sis
Quote zakiahmahadi 28-12-2017 07:27 PM
Boleh cb nnti...tq bg resepi
Quote yangsemb 3-1-2018 05:50 AM
Up.........{:cryrun
Quote helicornia 9-1-2018 01:52 PM
sabar_sabariah:    Edited by sabar_sabariah at 20-12-2017 09:23 AM  tapi nape nak letak cuka ye?serbuk kayu manis?most barang dah ada..nak beli minyak bunga matahari j ...

rasa tak payah letak pun takpe sbb dulu i pun ada dapat resepi kek coklat guna sunflower oil ni tapi takde pun cuka n cinnamon powder tu
Quote haryatie 9-1-2018 03:54 PM
siapa yg da cuba
ok ke taruh cuka tu..
pernah gak buat kek coklat tp xde lak taruh cuka n serbuk kulit tkayu manis

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.079317 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top