CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Solat Jemaah Dengan BF Menerusi Video Call, Ini Lebih Sesat Dari Ayah Pin!

4-12-2017 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5960| Komen: 19|Original author: Oleh: Maly Rosli

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita ajaran sesat 'Mother of God' di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menuntut pengikutnya memakan daging dan minum darah supaya dapat menjamin untuk masuk syurga. 



Terbaru, seorang pengguna Twitter, Ameera Yasmine memuat naik status berhubung tindakan adiknya yang kononnya solat berjemaah dengan teman lelaki menerusi video call aplikasi WhatsApp. 


Dari manalah dia belajar buat macam tu ya?

Difahamkan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pembantu rumah.

"Ada ke patut bibik beritahu aku yang adik aku solat berjemaah dengan teman lelakinya menerusi video call aplikasi WhatsApp.

"Ini lebih sesat dari ajaran Ayah Pin!" tulisnya.



Dalam masa sama, Ameera sempat menasihati orang ramai untuk mengawasi aktiviti ahli keluarga terutama adik-adik mereka bagi mengelak daripada melakukan ajaran sesat secara tidak sengaja.

Netizen turut terkejut dengan status gadis itu yang dikongsikan menerusi Facebook (FB) Gila Kentang. Mereka juga khuatir sekiranya tindakan itu akan menjadi tren di masa akan datang. 


"Nasib baik tak nikah guna video call," tulis netizen.


Foto: FB Gila Kentang

Macam-macamlah budak zaman sekarang ni. Entah dari mana belajar boleh solat berjemaah menerusi video call. Bahaya betul! Jangan sampai benda ni jadi ikutan sudahlah. - CARI
1

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 4-12-2017 02:23 PM
mana lah dia org belajar yg pelik2 ni
Nauzubillahiminazaliq
Quote LostStar 4-12-2017 02:33 PM
ini semua kekonon cinta till jannah la kaedahnya ni.. tu pasal nak solat pon sama2 waima melalui video call..  
Quote Artemesiaa 4-12-2017 03:13 PM
Bila pengetahuan asas pun kurang mudah terikut2 tampa selidik dulu cara tu benar ke tidak ni ler hasilnya
Quote miemiecha 4-12-2017 03:41 PM
alaahhhaaiii swet mmg sweet dik, tapi adoiii.. xreti nak komen lah hahahaha
Quote orgsepang 4-12-2017 04:11 PM
Yang kakak pulak selamba viral kan. Bukankah itu membuka aib keluarga sendiri?
Quote orgsepang 4-12-2017 04:12 PM
Yang kakak pulak selamba viral kan. Bukankah itu membuka aib keluarga sendiri?
Quote debab76 4-12-2017 06:24 PM
demi sekuntum like
Quote aderaderker 4-12-2017 08:01 PM
Cinta till jahannam
Quote foxs 5-12-2017 01:16 AM
hahaha...teringat zaman bujang, housemate xgi semayang jumaat...dia jemaah depan tv

Quote stadlearnt 5-12-2017 07:36 AM
aduuuuuu. macam2 la.
Quote makton 5-12-2017 08:33 AM
kakak pun selamba bukak pekung family. bangga kot
Quote jazaa100 5-12-2017 08:50 AM
Sorang acik kepam dulu bangga cite dgn aku dia  solat dgn bf kat masjid....org ingt dia laki bini, lepas solat siap salam cium tgn....dah lah dgn laki org...

Rasa ringan je mulot aku nk carutkan....
Quote cikgu_izza 5-12-2017 10:15 AM
Ada juga terfikir boleh ke solat jemaah dgn suami melalui videocall tapi x pernah terfikir lg nk buat
Advance sungguh budak2 sekarang.
Quote nikola.tesla 5-12-2017 12:27 PM
Dah ko malukan adik ko sendiri satu dunia nanti jangan marah kalau orang malukan ahli keluarga ko.
Quote chinta89 5-12-2017 03:03 PM
dh tu knpe kakak dia sendiri bukak aib adik? tak pk pjg ni..

adik dia ni pun, ko skg ni sweet la kononnya jemaah bagai mse solat.. nikah nt entah2 dua2 x solat pun!!!!
Quote Jorja 10-12-2017 01:39 PM
Tapi kalau sambut apa apa perayaan thru video call ke skype ke memang fun kan.. org yg merantau jau jauh ni mesti biasa buat
Quote Ninjamommy 15-12-2017 02:49 AM
orgsepang: Yang kakak pulak selamba viral kan. Bukankah itu membuka aib keluarga sendiri?


I pn rasa cmtu jgk.. Malu makpak dia kang
Quote cmf_premierleag 16-12-2017 11:22 PM
Biasanya cikki2 hijabista ni gedik x sabor nak kawen sbb x sabor nak berjemaah shalat dgn laki kononnnnyaaaaa
Padahalllll, bapak ko ajak jemaah kat rumah dgn family pun ko malas nak mampus, tp bila jantan ajak je, trus onz
Dasar cikki hijabista birah
Quote Clan204 22-1-2018 01:31 PM
Jakim tak nak panggil jumpa ke budak tu... Ke jakim takde pakar bab bidang nh...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.055426 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top