Makan berempat dalam satu dulang, menunya pula nasi istimewa bersama kuzi ayam atau kambing, fuh! Memang terangkat habis weh!
Menu nasi dulang resepi keluarga sejak tahun 90an lagi ini antara rahsia yang memikat hati ramai pelanggan. Dengan beras ‘super long’ dimasak pula menggunakan rempah rahsia dan herba campuran bagi menaikkan aroma kelazatannya, memang sedap. Sesuai sangat lah untuk ‘family’ empat atau lima orang, tak pun dengan kawan-kawan. Set ‘family’ ni pula dulang besar kuzi ayam berharga RM35 ja. Lebih kurang satu kepala RM8.75 saja, siap dapat percuma ‘ice lemon tea’ lagi.
Jemu menu ayam? Boleh cuba set ‘family’ juga dengan hidangan untuk empat orang nasi dulang kuzi kambing berharga RM50 saja. Kambing yang super sedap siap dengan ‘ice lemon tea’ jug lagi. Manakala kalau datang solo, boleh cuba menu berharga RM14 saja juga dengan ‘ice lemon tea’. Sebab tu lah, tagline nya ‘Dulang bapak besar, harga murah giler!’. Jadi, bagi mereka yang berminat nak try nasi dulang ni, boleh ke Restoran & Cafe Rimbun Selera, Jalan Hulu Langat, Selangor yang dibuka setiap hari kecuali Isnin. - CARI |
27
Bagus |
16
Marah |
13
Terkejut |
22
Sedih |
20
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT