Sekian lama dia 'menyepi' kini dia kembali lagi dengan resipi baru! Baru-baru ini, Timbalan Menteri perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkongsi satu resipi telur hancur. Nampak macam biasa saja kan, telur hancur dia ni? Tapi resipi barunya itu mencetuskan kemarahan netizen, kenapa ya? Menerusi perkongsian itu, Ahmad menggunakan seulas durian sebagai 'bahan rahsia' yang menjadi penyedap kepada telur hancurnya. "Durian, baunya sengsara tetapi rasa...sedapnya!!" tulisnya. Ya, raja buah itu kini termasuk kategori makanan mahal! Menurut netizen, rakyat marhaen mana mampu nak makan durian yang 'bapak' mahal macam tu sekarang ni. Selain itu, netizen turut menganggap resipi itu sangat pelik sehingga 'kembang tekak' dibuatnya! Orang, kalau dah tak suka tu macam-macamlah ayat negatif dilemparkan. Netizen suruh Ahmad Maslan makan kismis minda Sesiapa yang mampu beli durian tu, jangan lupa cuba resipi original dari Ahmad Maslan ni tau! - CARI |
ADVERTISEMENT