Umum tahu kanser atau barah adalah penyakit yang menyerang manusia dalam senyap. Dah ramai yang sudah menjadi mangsanya dan tiada ubat khusus bagi menyembuhkan penyakit berbahaya ini.
Bagi mengelakkan barah daripada menghingapi tubuh badan anda, anda perlu tahu apakah tanda awalya seperti dipetik dari portal Merdeka ini. Lebih baik mencegah daripada merawat, kan? 1) Perubahan ketika membuang air besar
Jika mengalami cirit birit secara berterusan ataupun perubahan dalam membuang kotoran, maka segeralah berjumpa doktor bagi mengenal pasti punca ia berlarutan. Ia mungkin kanser yang terjadi dari saluran pencernaan. 2) Sakit ketika membuang air kecil Terasa nyeri setiap kali membuang air kecil? Awas ya! Ia juga boleh menjadi tanda anda menghidap kanser prostat dan pundi kencing. 3) Luka di mulut Jangan pandang remeh jika terdapat luka di mulut yang muncul secara tiba-tiba kerana ia boleh menjadi tanda kanser mulut, kanser kulit, atau kanser yang mempengaruhi alat kelamin anda. 4) Pendarahan Sebarang pendarahan selepas membuang kotoran, batuk berdarah atau mempunyai cairan mencurigakan berkemungkinan disebabkan oleh pelbagai jenis kanser yang boleh meragut nyawa anda. 5) Benjolan di tubuh Benjolan terutama di payudara boleh menjadi kesan dari kanser payudara. Jadi, selalulah periksa payudara anda ketika mandi ya, ladies! 6) Gangguan pencernaan Selain perubahan tekstur kotoran (ketika membuang air besar), gangguan pencernaan juga boleh menunjukkan tanda kanser saluran cerna bahagian atas. Segeralah berjumpa doktor jika anda kerap sakit perut. 7) Pertumbuhan rambut secara tiba-tiba Rambut atau bulu yang tumbuh tiba-tiba di tubuh anda boleh menjadi tanda awal anda diserang barah! 8) Kerap demam Sering mengalami demam mungkin adalah tanda awal anda diserang kanser yang berkait rapat dengan sistem kekebalan tubuh. Ini bermakna kanser sudah pun merebak ke organ lain. Selalu perhatikan perubahan yang berlaku pada diri anda. Kadang-kadang, benda yang kita sangka biasa itulah menyebabkan keadaan kita bertambah parah tanpa disedari. Semoga info ini bermanfaat untuk anda. - CARI
|
5
Bagus |
9
Marah |
6
Terkejut |
10
Sedih |
6
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
batu kikir replied at 20-12-2017 04:46 PM
Very good info. Adik ipar kena kanser....dah kembali ke rahmatullah. Muda sangat lagi
Jorja replied at 20-12-2017 10:58 PM
Jangan ego tak mau p klinik
InVendeTTa replied at 20-12-2017 03:04 PM
Percayalah..kalo ko pergi klinik doktor
x reti sgt.tau nak ubat demam jek..so symtom2 kanser ni ...
salmon-suki replied at 20-12-2017 11:45 PM
Lately selalu jugak demam..pastu kebah,pastu xlama demam balik..sblm ni doc check darah,cantik je..h ...
ADVERTISEMENT